Monday, November 28, 2011

Salam Maal Hijrah, sudah bersediakah untuk berhijrah?

Assalamualaikum,





Lama sudah rasanya saya tidak sempat update blog kesayangan saya ini. Jadi, sempena kedatangan tahun hijrah ke 1433 ini, harapnya masih belum terlambat utk saya mengucapkan salam maal hijrah dan semoga kita semua dapat menjadikan tahun ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.

Tahun baru adalah masa yang sesuai untuk kita berhijrah supaya kita merancang kewangan dengan lebih baik. Persoalannya ialah, bersediakah kita untuk berhijrah? Kerana hijrah memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan kekuatan!

Tahun baru ini, berazamlah untuk tidak menjadi mangsa kepada kegagalan perancangan kewangan.  Kalau tidak pernah simpan duit gaji yang kita terima setiap bulan, berkorbanlah untuk menyimpan walaupun dengan hanya bermula RM100 sebulan. Bila sudah cukup berdisiplin, tambah nilai yang ingin disimpan. Kita cuma perlu belajar macam mana ingin menjadi penyimpan yang berdisiplin dahulu. Percayalah, apabila kita sudah cukup berdisiplin, kita akan rasa tidak puas melihat jumlah yang sedikit dalam simpanan lantas kita akan cuba pula untuk menyimpan lebih banyak.

Apabila kita sudah pandai menyimpan, jangan lupa untuk melindungi simpanan kita dengan pelan takaful daripada Prudential BSN Takaful. Apa guna RM10,000 yang disimpan bertahun-tahun dalam akaun simpanan jika tiba-tiba kita ditakdirkan sakit dan memerlukan pembedahan bernilai RM30,000? Inilah waktunya kita akan bersyukur kalau dulu kita sudah berkorban sekurang-kurangnya RM100 sebulan untuk mencarum di Prudential BSN Takaful. Duit simpanan selamat, sakit pun dapat dirawat :)

Okaylah, pendek saja entri kali ini. Saya masih di kampung, insya Allah akan balik ke Kuala Lumpur hari ini.

Jika anda telah bersedia untuk berhijrah, boleh hubungi saya, Lin Che Mat, di 013-6448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my. Jika rasa macam dah sedia tapi eh, macam tak sedia pula (50-50), boleh juga hubungi saya jika ingin tahu dengan lebih lanjut tentang bagaimana sebenarnya pelan Prudential BSN Takaful boleh membantu. Sehingga entri seterusnya, jumpa lagi! 

Ps: rasa bersalah pada pembaca blog yang rajin berkunjung ke sini sebab dah hampir 3 bulan tak tulis entri baru. Sori ya! Insya Allah jika ada kelapangan saya cuba untuk menulis lebih kerap lepas ni :)






Tuesday, August 9, 2011

Beli insurans/takaful sejak kecil. Kenapa?

Sumber: Harian Metro
Salam Ramadhan semua. Kalau anda terfikir kenapa perlu ambil insurans / takaful untuk anak-anak anda sejak kecil...? atau; Kenapa perlu ambil insurans / takaful untuk diri anda sejak muda...?

Jawapannya ialah:

1) Premium murah

2) Medical inflation rate masih rendah

3) Simpanan tinggi

4) Masih sihat

5) Tak perlu masuk surat khabar utk rayuan perubatan

6) Berikan anda pilihan samada GH atau private hospital

7) Menunjukkan anda bijak, celik wang dan sayangkan keluarga.

Thursday, July 14, 2011

Apabila sudah terbiasa...

Beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk jadi saya tidak berkesempatan untuk menambah nilai kad touch n go untuk digunakan dengan smart tag. Semalam, nilai dalam kad saya cuma RM 0.40 jadi hari ini saya terpaksa menggunakan cash untuk membuat pembayaran di beberapa plaza tol. 

Okay apa yang saya nak kongsi ialah, nak dijadikan cerita, disebabkan saya sudah terbiasa meletakkan handbag di tempat letak kaki sebelah penumpang (sebagai langkah  keselamatan untuk mengelakkan peragut atau perompak untuk mudah mencapainya apabila saya berhenti di lampu isyarat), hari ini, bukan sahaja peragut mahupun perompak tak dapat ambil handbag tersebut, saya sendiri bersusah payah terpaksa berhenti di tepi highway untuk mengambil purse yang terletak di dalam handbag tersebut kerana tidak dapat mencapainya untuk membayar tol!  

Lepas tu pula, disebabkan saya perlu keluar pada waktu puncak (peak hour) orang ke pejabat dan melalui beberapa lagi plaza tol pada waktu puncak orang pulang dari pejabat, banyak masa saya yang berharga terpaksa dihabiskan dengan beratur di plaza tol. 

Ini mengingatkan saya kepada entri saya sebelum ini tentang "Pakai medical card sama seperti pakai smart tag (6 Julai 2011)". Memang betul, apabila kita sudah terbiasa dengan cara yang lebih mudah, kita akan berasa susah apabila terpaksa menggunakan cara yang kurang mudah.

Apabila kita sudah terbiasa menggunakan medical card yang diberikan oleh majikan, apabila sudah tamat tempoh perkhidmatan atau bersara, kita akan berasa susah apabila tiada medical card untuk kemasukan ke hospital. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini majikan "meminjamkan" medical kepada seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak.




Cuba bayangkan, kalau dulu anak diserang demam panas, kita senang-senang je hulur medical card kepada hospital, sekarang bila kita sudah bersara, kita terpaksa hulur cash. Kita tak biasa tengok duit simpanan diberikan kepada orang lain (hospital) dalam sekelip mata. Kita tak biasa kena bayar deposit beribu-ribu untuk membolehkan anak kita masuk ke hospital. Kita tak biasa meminta duit daripada adik beradik kerana tak cukup duit nak bayar deposit, apatah lagi bil akhir. Kita tak biasa! 

Jadi, kita semua yang masih bekerja dan DIPINJAMKAN medical card oleh majikan, jangan cepat puas hati kerana itu hanyalah pinjaman. Majikan berhak mengambilnya kembali pada bila-bila masa. Ia bukan hak milik mutlak kita mahupun keluarga kita. 

Apabila kita sudah terbiasa masuk hospital menggunakan medical card, sama seperti masuk plaza tol dengan menggunakan smart tag, seperti pengalaman saya di atas, kita akan rasa susah apabila terpaksa membayar dengan cash. Ataupun, kalau sebelum ini kita sudah terbiasa pergi ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, tiba-tiba apabila sudah bersara kita terpaksa menunggu giliran yang begitu lama di hospital kerajaan semata-mata kita mahukan rawatan percuma, sanggupkah kita? Sama seperti kalau sudah biasa pakai smart tag di plaza tol, tiba-tiba perlu beratur panjang semata-mata nak membayar tol, kita akan berasa susah kerana kita tak terbiasa!

Jadi, biasakan diri kita DENGAN memiliki medical card kita sendiri daripada mengharapkan medical card yang dipinjamkan oleh majikan semata-mata. Kita biasakan membuat simpanan bulanan untuk memiliki medical card kita sendiri. Kita biasakan diri kita beringat-ingat sebelum terkena. Biasakan...
 
Biasakan diri kita untuk membuat keputusan yang bijak.
Anda pilih, anda tentukan. Anda boleh pilih untuk menghubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my dan tentukan sama ada anda masih mahu menunggu atau anda ingin mendapatkan "smart tag" anda kalau-kalau anda perlu dimasukkan ke hospital suatu hari nanti.  

Wednesday, July 6, 2011

Pakai medical card sama seperti pakai smart tag?

Smart Tag

Kenapa saya buat perumpamaan pakai medical card ni sama seperti pakai smart tag?


Bila kita nak bayar tol di plaza tol, biasanya apabila menggunakan cash kita perlu:
 
1. Keluarkan duit daripada wallet atau purse atau bekas syiling,
2. Kira duit sebelum sampai di plaza tol,
3. Beratur tunggu giliran,
4. Berhentikan kenderaan,
5. Turunkan tingkap (kadang2 ada yang buka pintu),
6. Bagi duit kepada operator,
7. Tunggu operator kira duit kita,
8. Tunggu operator bagi duit baki,
9. Tunggu operator tekan butang untuk naikkan palang,
10. Tekan minyak,
11. Baru boleh meneruskan perjalanan.

Tapi bila menggunakan smart tag pula prosesnya disingkatkan kepada:

1. Semak baki smart tag,
2. Letak smart tag di bahagian hadapan cermin kereta,
3. Beratur tunggu giliran
4. Perlahankan kenderaan
5. "TUTITT"- tunggu bunyi keluar daripada smart tag menandakan pembayaran tol telah dibuat serentak dengan palang dinaikkan,
6. Tara!! Dah boleh teruskan perjalanan.


Mudah, bukan?

Jadi, kenapa apabila kita memiliki medical card sendiri, ia ibarat smart tag pula? Sebab, pengguna smart tag perlu bayar in advance untuk mendapatkan nilai kredit pada kad touch n go mereka dan juga perlu membayar harga alat tersebut. Mereka perlu buat "initial investment" untuk memastikan masa di plaza tol dijimatkan dan lebih memudahkan perjalanan.

Bagaimana dengan medical card? Kita juga perlu membuat "initial investment" apabila memperuntukkan sejumlah wang daripada gaji setiap bulan untuk memiliki medical card yang tertera nama kita di atasnya. Tetapi, apabila sampai masa untuk kita menggunakannya iaitu apabila kita perlu dimasukkan ke hospital, kita sebenarnya telah menempah jalan yang lebih pantas untuk mendapat rawatan segera.

Kenapa? Kita tidak perlu menyediakan wang sebanyak RM50,000 untuk pembedahan jantung dan kita tidak perlu menunggu giliran di hospital kerajaan yang mempunyai waiting list yang panjang untuk pembedahan jantung tanpa perlu membayar RM50,000. Kita boleh terus mendapatkan rawatan di hospital swasta tanpa perlu berhutang sana sini dan menyusahkan ahli keluarga untuk mengumpul wang sebanyak itu.
 
Cuma kadang-kadang kita tak nampak keperluan smart tag tu bila kita selalu menggunakan jalan free. Sama juga orang yang tak nampak keperluan medical card kerana selalu menggunakan medical card free yang diberi oleh majikan atau cuma menggunakan hospital kerajaan.
 
Apabila sampai waktunya apabila tiada jalan free untuk menuju ke destinasi, barulah kita sedar pentingnya smart tag untuk digunakan di plaza tol. Lebih-lebih lagi kalau time tu kita perlu tiba ke destinasi dengan segera.

Apabila sampai waktunya kita sudah tidak bekerja dengan majikan, baru kita sedar keperluan untuk memiliki medical card sendiri. Apabila sampai waktunya terpaksa menunggu giliran berbulan-bulan untuk mendapatkan rawatan di hospital free, barulah kita sedar keperluan medical card seperti keperluan memiliki smart tag. Tetapi apakan daya, ia mungkin sudah terlambat pada waktu itu..

Pilihannya di tangan anda, nak pakai smart tag atau nak gunakan cash? Nak pakai medical card atau nak tunggu lagi….?

Anda boleh menghubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my untuk penerangan percuma tentang bagaimana Prudential BSN Takaful boleh memberikan anda medical card yang berfungsi seperti smart tag di saat anda benar-benar memerlukan.

Thursday, May 26, 2011

We Are With Prudential, Are You?

Sekarang Prudential sedang aktif menyiarkan iklan "Join the Prudential Family" yang antaranya menampilkan Sheila Majid yang sudah menjadi customer Prudential sejak tahun 1990 (dan beliau kini merupakan duta Prudential). 

Seperti juga Sheila Majid yang masih tinggi sahamnya di dunia hiburan, Prudential juga masih lagi menjadi peneraju pasaran insurans sejak dulu hingga sekarang. Dan tahukah anda Prudential telah berada di Malaysia sejak tahun 1924? Hanya syarikat yang benar-benar kukuh sahaja yang masih mampu bertahan begitu lama, kira-kira 87 tahun!

 
Sebenarnya iklan ini bertujuan untuk mengajak orang ramai menyertai keluarga Prudential, tak kiralah sama ada sebagai wealth planner (agent), customer mahupun kakitangan. Semua orang yang masuk Prudential adalah istimewa dan dihargai, kalau tak, takkanlah semua lapisan keluarga Prudential boleh masuk iklan kan? Kalau-kalau ada yang tak pernah tengok iklan tu, bolehlah tengok video di bawah ni..





Dan jangan lupa untuk hubungi saya, Lin Che Mat di 013-6448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my jika anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Prudential, tidak kira sebagai Wealth Planner (agent) atau sebagai customer. Free training untuk bakal agent dan free consulatation untuk yang berminat untuk menjadi customer Prudential.

Ps: We Are With Prudential, Are You?







Lari laju-laju!!!


Hari ni memang menguji kesabaran dan kebijaksanaan betul.. Petang tadi setelah menyelesaikan urusan saya di sebuah bank, saya telah di"approach" oleh seorang mamat yang berbaju kemeja. Dia bertanya, "Kak, dah makan kak?". Oleh kerana saya memahami kesusahan dan kesukaran orang yang membuat sales (sebab saya juga selalu ke booth sebagai salah satu platform untuk kerja saya), saya menjawab dengan sopan"dah..". Ye lah, orang tanya, jawab je la kan, bukan kena bayar pun :P.


Dia bertanya, "Kak, dah makan kak?". Saya menjawab dengan sopan, "dah..".

Kemudian dia mengatakan dia sekarang sedang mengadakan promosi untuk baucer shopping dan menunjukkan sekeping baucer Jusco di tangannya. Saya ingatkan dia buat promotion bagi pihak Jusco, jadi saya pun berhentilah dan bersedia mendengar apa penerangan dia yang seterusnya. Dia memberikan saya sekeping sampul yang tertulis "cin cong ceng cong cin ceng" di depannya dan meminta saya membuka sampul tersebut untuk melihat apakah baucer yang telah saya menangi. ("cin cong ceng cong cin ceng" tu sebab tulisan bahasa cina, saya tak pandai baca, heheh).

Sambil saya membuka sampul tersebut, dia pun tanya la saya sama ada saya ada tengok NTV7 tak malam tadi sebab promotion tu masuk NTV7. Saya cakap saya tak tengok dan dia tak semena-mena bercakap dengan suara yang kuat, "Apaaaa?? Kakak tarak tengok ka?? Kakak ni makan dan tengok kartun saja ka??".


Sebenarnya NTV7 tak ada kaitan dalam ini cerita..

Saya sabar lagi, walaupun saya tak faham apa kaitannya saya tak tengok NTV7 dengan saya makan dan tengok kartun? Bukan ada berpuluh-puluh lagi channel kat tv dan bukan ke banyak lagi benda saya boleh buat selain tengok tv? Isy, tak faham..

Setelah bersusah payah akhirnya saya berjaya buka sampul tu.Tiba-tiba mamat tu excited dan cakap "Kakak, ini special punya! Bukan semua orang itu boleh dapat ini!". Saya pun tanyalah "Apa yang specialnya? Apa yang menang?" sebab dalam sampul tu cuma tulis "SPECIAL OFFER". Dia cakap, "Kakak ini boleh dapat macam-macam oo, saya suka la untuk kakak sebab tak ramai yang boleh dapat ini punya. Ada 280 orang sahaja yang boleh menang ini oo. Dalam NTV7 malam tadi ada cakap, kakak tak tengok ka?".

Saya dah mula rasa meluat. "You ni mau tanya berapa kali saya tengok itu NTV7? Tadi sudah tanya, ini tanya lagi..". Lepas tu, dia cakap "Kakak, ini kita tengah cakap tengah-tengah panas oo. Kita pergi dekat kakak punya keretalah!".

Saya pelik lagi. Dalam hati dah tertanya-tanya kenapa pulak dia ni nak pergi kat kereta saya? Apesal tak ajak pergi kaki lima saja? Apa kaitan kereta saya dalam ini cerita? Haa, pelik kan? Menang hadiah, tapi nak bercakap dengan saya dekat kereta saya? Kalau jual pengilat kereta ke, baru lah ada logiknya nak bercakap dekat kereta saya kan?

Pengilat kereta ini juga tiada kena mengena dalam ini cerita..

Kemudian, setelah saya menolak pelawaannya berkali-kali untuk pergi ke kereta saya, saya tanya soalan cepu emas yang saya rasa dia nanti-nantikan keluar daripada mulut saya "Sebenarnya saya menang apa?".

Maka, keluarlah temberangnya yang sama seperti yang kita pernah baca dalam surat-surat khabar, pernah tengok dalam tv, pernah baca dalam internet.. "Kakak ini menang hadiah, tapi kakak kena buat cabutan dulu.. Mungkin boleh menang tv plasma, mungkin boleh menang laptop, macam-macam lagi..". Saya pun try test lah soalan standard yang orang pernah kena tipu dengan skim macam ni biasa tanya, "Habis tu, macam mana nak tau nak menang apa? Mana mau ambik hadiah saya?"

"Kakak..", mamat tu cakap.. "Kakak tau itu Kompleks Mutiara Jalan Ipoh tak? Kakak bawak Danny naik itu kereta kakak, oh nama saya Danny, pergi ke Kompleks Mutiara tu, kemudian kakak boleh ambik hadiah kat situ..". Saya pun bagi ayat pembunuh, "Isy, tak pe lah. Saya pergi ambik sendiri. Apa nama company you? Aik, kat kertas ni tak ada pun nama company you!!".

Si mamat mengaku Danny ni pun jawab, " Tak boleh pergi sendiri, kakak kena bawak Danny sebab ofis sana tak ada orang, Danny saja boleh bukak!". Sah, memang sah! Ini sah macam peraduan gores dan menang yang dah menipu ramai orang tu. Tapi dia dah tukar taktik jadik "Buka sampul dan menang"!


Kompleks Mutiara yang dikatakan tempat untuk saya ambil hadiah saya. Saya rasa mungkin sindiket ini ada menyewa di sini untuk mengaburi mata orang yang tertipu yang datang untuk ambil "hadiah" yang dijanjikan.

Dengan perasaan malu sebab sudah hampir termasuk jerat (yelah, sebab suara dia kuat macam halilintar so saya rasa orang ramai seperti tengah perhatikan saya dan berkata "isy kesian budak tu, dah nak kena tipu la tu") , saya pun cakap, "Tak pe lah, dari tadi you cakap saya tak faham, sekejap baucer, sekejap tv pulak, sekejap lagi lain pulak, saya tak maulah you punya hadiah," sambil lari ke kereta selaju mungkin (laju tu sebenarnya cuak sebab dia tetap kejar saya ke kereta).


Si Danny tu try lagi cucuk angin, dia cakap "Kakak, ini hadiah special! Ada sikit saja orang boleh menang! Kakak tak mau ka?????" sambil menjengil-jengilkan bijik mata. Saya jawab "Tak apa lah!", buka pintu kereta, tutup, kunci (kepada kaum wanita di sana, ingat! kunci dulu pintu sebelum start enjin kereta ye!) dan terus capai handphone buat-buat call orang. Dia masih melukut di tepian kereta saya sambil membuat muka tak percaya sebab saya baru sahaja menolak satu tawaran yang sangat hebat. Kemudian, alhamdulillah lepas saya pus sana, pus sini sikit, dia pun berlalu mencari mangsa lain..

Sebelum ni banyak kali kita dengar cerita kan tentang orang yang tertipu dengan skim macam ni. Mula-mula suruh gores ke, bukak sampul ke, lepas tu, cakap menang hadiah. Lepas dah menang hadiah, kena pergi tuntut di ofis mereka. Tau-tau je, dah kena tipu ribu ribu lemon sebab dia suruh bayar dulu untuk dapatkan hadiah yang lebih besar. Akhirnya, hadiah tak dapat, duit habis, ofis orang tu pun tup-tup dah hilang dalam masa 1 malam je..



Cuma saya pelik kenapa orang boleh tertipu dengan begitu mudah? Bukan ke tak logik nak menang hadiah tapi kena ambik dengan orang tu saja? Bukan ke tak masuk akal nama company pun tak boleh bagi? Bukan ke ajaib anda begitu bertuah dapat menang hadiah tetapi anda perlu membayar dulu?

Yang sedihnya, saya perhatikan tadi memang target dia orang melayu saje. Mudah sangat ke orang kita kena tipu? Banyak sangat ke duit sampai boleh bagi ribu ribu lemon kepada orang seperti itu tetapi membayar RM150 sebulan terlalu berat untuk sebuah perlindungan takaful komprehensif yang sah-sah halal, dan tidak menyalahi undang-undang serta diiktiraf oleh Bank Negara?

Ps: semaklah dulu jika kita ditawarkan hadiah yang bunyinya "too good to be true", sebabnya, mana ada orang nak berniaga tapi bagi kita yang untung.. pertama sekali, check jika syarikat berdaftar atau tidak. jika nama syarikat pun tak boleh bagi, itukan terang-terangan menipu namanya. kedua, tanya soalan ini - kenapa syarikat you tak bungkus lagi sebab cara you beroperasi macam tak boleh buat untung pun? ketiga, tolong bagi alamat lengkap ofis you, biar saya buat semakan dulu. cukup tanya tiga soalan ni, kalau jawapan yang diberi tak masuk akal, apa lagi lari laju-laju masuk kereta la! :D



Wednesday, May 25, 2011

Kenapa saya suka kerja saya? Part 1

Ada ramai juga yang bertanya kepada saya, kenapa pilih untuk jadi ejen insurans? Kenapa tak kerja sampai jadi aktuari sebab saya ada degree dalam actuarial science? Kenapa tak minta kerja jadi lecturer? Kenapa tak kerja gomen? Kenapa tak kerja itu? Kenapa tak kerja ini? Kenapa pilih untuk jadi ejen untuk Prudential BSN Takaful?

Sebenarnya banyak sangat sebab kenapa saya pilih kerjaya saya sekarang. Dan saya yakin ini akan menjadi kerjaya terakhir saya sampai saya tua. Dah tak mahu kerja lain dah. Saya sudah cukup bahagia dan gembira dengan kerjaya saya.



credit to Deenganu, Khadijah and Kak Liza for this pic


Betul, pertamanya, saya pilih untuk jadi ejen insurans (saya lebih suka perkataan consultant daripada ejen sebenarnya) kerana saya gembira dan bahagia. Saya sudah tidak mahu berpaling ke belakang. Setiap saat dan ketika saya keluar bekerja, tidak pernah ada sekelumit perasaan nak bertukar kerjaya. Saya gembira apabila dapat berkongsi pengetahuan yang saya ada tentang perancangan takaful dengan kawan-kawan, keluarga dan orang ramai. Tidak kiralah jika hati mereka belum terbuka untuk mengambil pelan tersebut sekarang tetapi ia merupakan satu kepuasan dapat berkongsi idea, mendengar luahan orang lain, bertukar-tukar pandangan serta mendalami apa yang orang lain fikirkan.

Saya juga rasa gembira apabila saya melihat ibu dan bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyimpan untuk masa depan anak-anak mereka. Gembira melihat pasangan suami isteri yang mengambil berat antara satu sama lain dan bersama-sama menyuruh pasangan mereka mengambil pelan takaful perubatan supaya apabila berlaku kecemasan, mereka dapat memastikan pasangan mereka mendapat rawatan yang terbaik. Bahagia mendengar suami berkata kepada isteri "kalau saya tak ada lagi, saya nak pastikan awak dan anak-anak kita dapat hidup seperti saya masih ada". Kegembiraan dan kebahagiaan ini saya rasa tidak mungkin akan saya dapat jika saya bukanlah seorang ejen insurans seperti hari ini dan masih bekerja di tempat lama..

Inilah kerjaya yang saya sentiasa bayangkan semasa di bangku sekolah. Gembira melalui kegembiraan orang lain. Sedih melalui kesedihan orang lain. Tapi time tu saya sebenarnya nak jadi kaunselor sebab tak pernah tahu jadi ejen insurans sebenarnya sebahagia ini. Saya seronok dapat membantu orang lain berasa lega apabila mereka ada seseorang untuk mendengar masalah mereka. Saya suka dapat memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tapi bila dah habis SPM, tak adalah pula kursus yang bersesuaian. Lagipun time tu memang minat habis dengan subjek Matematik Tambahan, sebab tu pelan kerjaya dah bertukar dan saya ambil kursus actuarial science. Tapi minat tu masih lagi kuat dalam diri. Saya suka dengar orang bercerita kisah hidup mereka, dan saya suka bagi cadangan untuk membantu. Saya suka menjadi pendengar setia.

Dan Alhamdulillah, akhirnya Allah sudah menemukan kembali saya dengan kerjaya yang bersesuaian dengan jiwa saya. Pekerjaan yang bukan sahaja dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri saya, tetapi juga orang lain. Ya, saya suka kerja saya!


Kalau anda berminat untuk menjadi seperti saya, boleh hubungi saya, Lin Che Mat di 013-6448832 atau email noorhazlin@prupartner.com.my. Jangan bazirkan masa kita dengan bekerja dalam keadaan terpaksa, sedih dan tidak gembira. Hidup terlalu singkat untuk dibazirkan begitu sahaja, jadi, bergembiralah dan berbahagialah!


Ps: tu baru satu sebab kenapa saya suka kerja saya. nantikan part 2 untuk lebih sebab kenapa saya suka kerja saya :)









Sunday, May 22, 2011

How does health insurance work?

Kadang-kadang saya dapati orang sebenarnya tidak berapa faham tentang konsep mempunyai health insurance atau kegunaan medical card. Atas sebab itu mereka tidak begitu menghiraukan tentang kepentingannya. Di harap dengan menyaksikan video ni, kita semua dapat faham apa keseluruhan konsep tentang health insurance ni. Kalau masih sama-samar, boleh hubungi saya, Lin Che Mat di 013-6448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my.

Happy watching!!


Saturday, May 21, 2011

Hangat-hangat air teh..

Assalamualaikum semua..

Hari ni saya rasa eloklah jika saya mengingatkan kita semua yang sudah mempunyai mana-mana polisi insurans atau takaful.. Janganlah jadi seperti hangat-hangat air teh.. Mula-mula hangat, kemudian bertukar menjadi sejuk..



Sebenarnya mempunyai insurans atau takaful merupakan satu komitmen jangka panjang untuk melindungi diri kita dan keluarga daripada sebarang musibah yang tidak dapat disangka.. Sayangnya, kadang-kadang ada antara kita yang sudah pun membuat keputusan bijak untuk memiliki insurans atau takaful tetapi kemudiannya mengambil keputusan ke belakang dengan tidak terus membayar caruman takaful tersebut seterusnya menyebabkan polisi itu lapsed..

Kenapa? Banyak jawapan yang telah saya dengar, ada kalanya memang betul-betul tidak dapat dielakkan.. Tetapi sayangnya banyak jawapan yang diberi itu lebih kepada alasan semata-mata atau perancangan kewangan yang kurang baik. Antara alasan yang pernah saya dengar ialah "Saya dan isteri ada 4 buah kereta, kami tak cukup duit untuk bayar insurans lagi", "Saya nak tambah pinjaman untuk ASB, sebab lebih menguntungkan daripada ambil insurans", "Suami suruh berhenti sebab dia suruh simpan je duit tu dalam bank..".

Atas alasan-alasan sebeginilah, banyak polisi menjadi lapsed dan akhirnya apabila sampai waktu mereka benar-benar dalam kesusahan, baru mereka sedar kesilapan mereka.. Oh ye, kalau polisi dah lapsed dan kita nak claim daripada syarikat insurans atau takaful time tu, maaflah, nasik sudah menjadi bubur..



Jadi, kalau anda sudah mempunyai mana-mana polisi, jangan jadi seperti air teh.. Mula-mula dapat polisi, bersemangat nak bayar.. Lepas dua tiga bulan, setahun dua, jadi sejuk dan mula lupa apa sebab insurans di ambil.. Mula rasa "alah, tak ada apa-apa pun jadi sepanjang aku ambil insurans ni..". Kerana malang tak berbau dan kita hanyalah makhlukNya yang tidak mungkin dapat meramal masa depan..

Ps: Besar manfaatnya air teh time hangat.. Boleh hilangkan angin.. Tapi bila teh dah jadi sejuk, boleh masuk angin pula..









Friday, May 20, 2011

My first banana crepe!


Venue: Chocolate at The Curve, Mutiara Damansara
Main purpose: To help a friend planning for a comprehensive takaful plan for her
Secondary purpose: To enjoy good food with good friend

I had my first chocolate banana crepe with strawberry today. Like it and love it! Been watching some chefs making this in Top Chef and Master Chef, and have been wanting to taste it ever since. Not so sweet but is indulging enough to make me wanting for more. Oh, if you wonder how banana crepe looks like, have a look! ( I've googled for this picture because I actually forgot to take a picture of the one that I ate just now as it was so tempting for me to grab my fork and knife instead of my blackberry to snap a picture of it, hihi )



However, what was more satisfying than eating my first banana crepe was, being able to help a friend to plan a comprehensive takaful cover for her. It keeps reminding me of why I quit my first and last salary-paid work to become a full time consultant under Prudential BSN Takaful. It can't be more satisfying when I know my friend is in good hands of Prudential BSN Takaful! My friend, my best level of service is my promise to you!

And, if you would like to know how can I assist you in planning a comprehensive takaful cover for you or your loved ones, do not hesistate to contact me, Lin Che Mat at 0136448832 or email noorhazlin@prupartner.com.my.

Ps: Buat entri dalam bahasa inggeris sebab tengah asah balik "bakat" menulis selepas setahun lebih dah tinggalkan kerja menulis dalam bahasa ni.. Sebarang kesalahan tatabahasa tiada kena mengena dengan sesiapa :D

Tuesday, April 26, 2011

Sediakanlah wang yang mencukupi untuk keluarga...



Sedih rasanya bila membaca kisah ini.. Andainya kita yang masih hidup ini dapat mengambil pengajaran, rancanglah kewangan kita dengan menyediakan wang yang mencukupi untuk keluarga yang akan ditinggalkan. Benar, wang bukan segala-galanya tapi hampir semua perkara memerlukan wang..

Daripada pengamatan saya, ramai ibu bapa terutamanya kaum Melayu yang masih tidak merancang kewangan dengan betul. Contoh termudah ialah kita sanggup membeli baju dan alat permainan yang bermacam warna dan jenis untuk anak-anak pada setiap bulan sehingga beratus ringgit tetapi tidak sanggup membelanjakan serendah RM100 sebulan untuk menyediakan dana untuk makan minum dan pendidikan anak-anak jika sekiranya berlaku sesuatu musibah kepada kita!

Cuba fikirkan sejenak, andainya semalam nyawa kita ditarik balik, adakah baju baru dan alat permainan yang kita belikan itu akan dapat menyediakan makanan untuk anak-anak? Tidak! Adakah baju dan alat permainan tersebut yang dapat digunakan untuk membayar yuran persekolahan mereka? Tidak! Adakah kita sanggup anak-anak kita mengambil sisa makanan sebagai santapan mereka? Sudah pasti jawapannya tidak, bukan?

Jadi, ambillah langkah yang sewajarnya dengan mencarum di PruBSN Takaful. Serendah RM100 sebulan, kita boleh menyediakan dana bernilai RM100,000 untuk keluarga kita tanpa mengambil masa yang lama. Sedangkan dalam perkiraan mudah, jika kita menyimpan RM100 sebulan di bank, kita perlu menyimpan sebanyak 1000 bulan atau 83 tahun secara konsisten untuk mendapat simpanan bernilai RM100,000!*

Sebaliknya, dengan menyimpan di PruBSN Takaful, jika kita meninggal dunia disebabkan kemalangan selepas membuat bayaran pertama, keluarga yang kita tinggalkan untuk selama-lamanya itu layak serta-merta untuk diberikan pampasan bernilai RM100,000 walaupun kita baru membayar RM100..

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi anda boleh menghubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my.



*tanpa mengambil kira kadar faedah

Thursday, April 21, 2011

Insurans bukan seperti makan Panadol!


Biasa tak dengar orang berkata "Nantilah dulu.. dah tua macam dah start sakit nanti, aku ambiklah insurans tu..", "Aku sihat je selama ni, x payahlah ambik insurans ni..", "Insurans ni untuk orang dah ada penyakit je, kan?".... OOPPSSS!! BERHENTI!!


Ayat2 di atas tu bunyinya seperti orang menganggap insurans ni sama seperti makan panadol- dah sakit, baru nak ambik. Hakikatnya, insurans tidak semudah itu kerana ia dicipta untuk orang-orang yang sihat yang mahu melindungi diri mereka andai satu hari mereka sakit. Sebaliknya, insurans ni adalah seperti vitamin yang kita ambil sehari-hari supaya dapat membantu kita melawan penyakit apabila perlu!

Tahukah anda peluang anda untuk mendapatkan insurans adalah tipis apabila anda sudah pun mempunyai penyakit? Jika pada ketika itu baru anda terfikir, "Isy, kalaulah aku tahu nak dapat sakit ni, aku mesti akan ambik insurans...", nampaknya ia sudah terlambat.. Ya, "KALAULAH".. Ungkapan yang sangat biasa jika anda tidak mahu mengambil iktibar daripada pesanan Rasulullah saw- INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA.

Anda pula langsung tidak akan layak mengambil apa-apa insurans jika anda sudah pun mempunyai penyakit-penyakit seperti kencing manis dan sakit jantung! Ya, KALAULAH anda tahu ia akan menimpa anda, sudah pasti anda akan ambik insurans kan?

Jadi, jika anda masih lagi sihat, janganlah berlengah untuk mengambil perlindungan insurans untuk diri anda. Jangan sampai anda menjadi orang yang mengucapkan ungkapan "KALAULAH".. Kerana malang tak berbau dan tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, apatah lagi 5, 10, 20 tahun akan datang..

Anda boleh menghubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my. untuk penerangan percuma tentang bagaimana Prudential BSN Takaful boleh membantu anda di waktu anda sakit.

Wednesday, March 2, 2011

Hanya 10%!


credit to dreamstime.com

Adakah anda akan berasa marah apabila majikan membuat keputusan untuk memotong 10% daripada gaji anda bagi mengurangkan kos operasi syarikat? Saya pasti, ramai yang akan berasa marah dan tertipu, lebih-lebih lagi jika ekonomi sedang gawat. Barang makin mahal, keluarga perlu makan, anak-anak perlu bersekolah, jadi dipotong gaji sebanyak 10% benar-benar memeritkan! Apa pilihan yang anda ada? Pada waktu itu anda berharap kalaulah anda merupakan pemilik syarikat, tidak lagi anda perlu risau akan potongan gaji sebanyak 10%!

Kemudian, khabar bertiup kencang bahawa pekerja di syarikat di sebelah bangunan anda dikenakan potongan gaji sebanyak 90%! Pada ketika anda mendengarnya, tidakkah anda bersyukur anda tidak bekerja di syarikat sebelah? Tidakkah ia lebih memeritkan untuk hidup apabila anda kehilangan 90% daripada gaji anda? Pada saat ini, anda pasti bersyukur hanya 10% daripada gaji anda dipotong, dan anda mula dapat memikirkan dengan rasional perbelanjaan-perbelanjaan yang boleh anda kurangkan kerana potongan 10% sebenarnya tidaklah sebanyak 90%!

Hakikatnya begitulah jua dengan keperluan anda untuk mempunyai takaful. Setiap bulan, anda hanya perlu menyimpan 10% gaji anda di skim takaful untuk memastikan 90% daripada gaji anda terjamin apabila anda tidak lagi mampu bekerja dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa pekerjaan lagi. Ingatlah, selagi anda bekerja makan gaji, apa jua kemudahan yang anda perolehi sekarang adalah tidak terjamin. Ia boleh ditarik pada bila-bila masa, termasuk gaji dan kemudahan perubatan ketika anda sedang bergelut dengan penyakit dan sangat memerlukan kedua-duanya!

Skim takaful yang komprehensif seperti PruBSN Takaful akan membantu menyediakan wang untuk anak-anak anda ke sekolah, menyediakan makanan di atas meja keluarga anda dan membeli barang-barang keperluan asas di samping membayar bil perubatan anda, pada ketika anda tidak lagi diperlukan oleh syarikat anda. Berapa banyak pengorbanan yang perlu anda lakukan? Hanya 10% daripada gaji anda..

Jangan bertangguh lagi, hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my. Jika anda berasa 10% adalah sangat besar, fikirkan cerita tentang pekerja dua syarikat di atas. Bukankah 10% itu kecil sahaja sebenarnya?

Monday, January 24, 2011

Berani tak?


Tidakkah anda berasa tersentuh apabila seorang kanak-kanak datang ke arah anda dan menadah tangannya yang kecil untuk meminta wang seringgit supaya dia dapat makan hari ini? Tidakkah anda terfikir mana ibu bapanya sehingga kanak-kanak sekecil itu perlu mengharapkan bantuan orang lain?



Tidakkah anda berasakan betapa bertuahnya anda tidak perlu berbuat begitu semasa kecil kerana ayah dan ibu anda menyediakan makanan untuk anda jamah setiap hari? Tidakkah anda terfikir tiadakah saudara maranya yang ingin menjaga kanak-kanak itu?



Tidakkah anda terfikir akan masa depan kanak-kanak itu- bagaimana pula dengan pendidikannya, adakah dia perlu menjadi pengemis seumur hidupnya? Tidakkah anda terfikir sama ada dia mempunyai tempat untuk berteduh malam itu?



Namun kerap kali, selepas memberikan apa yang dipintanya, kita akan terlupa akan nasib kanak-kanak itu. Kita terfikir, tiada apa yang dapat kita lakukan untuknya dan pasti ada orang lain yang akan menjaganya. Kita hanya mampu berfikir tentang nasibnya tetapi adakah kita sanggup menjaganya dan membelainya seperti anak kita sendiri?



Pastinya, kanak-kanak itu tidak dapat meneka nasibnya akan menjadi begitu kerana semasa ayah dan ibunya ada, dia begitu mewah dengan pelbagai barang mainan dan makan di restoran-restoran berhawa dingin. Namun, siapa menyangka, tiba-tiba ayah dan ibunya pergi menyahut seruan Illahi. Rupa-rupanya kemewahan itu hanya pinjaman- pinjaman daripada Courts Mammoth, Hup Seng dan beberapa buah bank. Jadi, tinggallah kanak-kanak itu sehelai sepinggang dan mengharapkan bantuan orang lain untuk dia meneruskan kehidupannya yang masih panjang.



Jika anda mempunyai anak-anak, pastikan anda tidak akan membiarkan anak anda menjadi seperti kanak-kanak di atas. Orang lain mungkin akan bersimpati dengannya, tetapi ia sekadar rasa simpati yang tidak dapat mengubah nasibnya. Pastikan keperluan hidupnya untuk makan, belajar dan bermain tetap dipenuhi meskipun anda mungkin pergi lebih awal, tanpa kesempatan untuk melihatnya membesar di depan mata.



Renunglah mata anak-anak anda dan fikirkan sama anda anda berani berkata, “Anakku, jika ayah dan ibu pergi dulu, kami akan pastikan makan dan minummu tersedia, rumah buatmu berteduh sentiasa ada, pakaianmu sentiasa baru dan pendidikanmu akan sentiasa terjamin.”. Berani tak?



Hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my untuk sebarang pertanyaan bagi menghadiahkan sebuah pelan takaful terbaik daripada PruBSN  untuk diri anda, demi kebaikan dan kebajikan anak-anak anda.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Gambar ehsan Deenganu, http://www.flickr.com/photos/deenganu/


Orang tua-tua selalu berpesan, sediakan payung sebelum hujan. Sebab tu walaupun anda naik kereta, pasti ada sekaki payung untuk “standby” dalam kereta, kalau-kalau kena juga redah hujan untuk menuju ke destinasi.


Takaful juga begitu. Sebelum terjadinya sesuatu musibah, milikilah ia sebelum terlambat. Meskipun langit cerah membiru, anda sebagai hambaNya tidak dapat mengagak bila awan mendung akan tiba.


Pernah tak tiba-tiba anda terdengar bunyi guruh pada hari yang cerah, lepas tu tiba-tiba je hujan pun turun? Pasti pernah. Kalau pada ketika itu anda tiada payung, pasti terdetik di hati anda “Kalaulah aku bawa payung tadi…”. Tetapi semuanya sudah terlambat. Siapa sangka hujan akan turun di hari yang cerah?


Anda cuma mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya..Adakah anda tahu pagi esok akan ada kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja menyebabkan jalan sesak dan mengakibatkan anda terlewat masuk ofis? Anda mungkin merancang untuk bertolak pada jam 7 pagi, tapi adakah anda pasti anda akan sampai pada jam 8 pagi?


Anda cuma mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.. Adakah anda pasti apakah yg akan anda makan malam ini? Anda mungkin merancang untuk makan seafood di restoran, tetapi adakah anda pasti rasanya akan menepati citarasa anda? Adakah anda pasti tukang masak tidak akan termasukkan lebih garam malam ini?


Semuanya tidak pasti. Adakah anda tahu bilakah ajal akan datang menjemput? Adakah anda tahu bilakah nikmat kesihatan akan ditarik balik? Adakah anda tahu apa yang akan terjadi minggu depan? Semuanya tidak pasti. Sebagai hambaNya, anda hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Jadi, rancanglah untuk menghadapi masa-masa sukar anda, sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau keluarga yang ditinggalkan. Jika anda percaya bahawa anda hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan, kenapa masih bertangguh untuk sediakan payung sebelum hujan, sediakan takaful sebelum musibah terjadi?


Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh merancang untuk menghadapi musibah dengan takaful, hubungi saya, Lin Che Mat, 0136448832 atau emel kepada noorhazlin@prupartner.com.my.

Tuesday, January 18, 2011

Insurans? Takaful? Tak Perlulah!



Saya masih muda, masih ditanggung oleh majikan, setiap bulan mendapat gaji tetap, anak-anak pun ditanggung oleh majikan saya kalau perlu ke hospital.. Kesimpulannya, tak perlulah insurans kan?

Sebenarnya insurans itu perlu diambil pada ketika anda rasa anda memang tak memerlukannya. Kerana apabila anda memerlukannya, anda tidak lagi layak untuk memilikinya.

Rasa-rasanya anak jiran sebelah yang masuk hospital sebab leukemia tu, perlukan insurans perubatan tak untuk membayar bilnya yang mencecah ribuan ringgit? Perlu, tapi dia sudah tidak layak..

Rasa-rasanya pakcik yang terlantar di Institut Jantung Negara yang menunggu masa untuk pembedahan tu, perlukan tak insurans? Perlu, tapi kesihatannya tidak melayakkan dia untuk memiliki insurans lagi..

Rasa-rasa anak-anak yang ditinggalkan oleh mak dan ayah akibat kemalangan memerlukan tak duit pampasan daripada insurans mak dan ayah mereka supaya mereka dapat ke sekolah seperti biasa? Perlu, tapi mak dan ayah mereka dah tidak layak memohon insurans lagi…

Jadi benarlah, insurans itu perlu diambil ketika anda rasa anda tak perlukannya. Kerana apabila anda perlukannya, anda mungkin sudah tidak layak untuk memilikinya lagi…














Thursday, January 13, 2011

Anak Kecil Itu...




  Setelah seharian mengharungi hari yang penuh mencabar; berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam, jalan raya yang penuh sesak, kerja ofis yang tidak pernah habis, bos yang demanding, akhirnya anda tiba di rumah.. Tiba-tiba anak kecil itu, anak kecil anda, yang baru berumur 3 tahun datang berlari apabila melihat anda di muka pintu dan berkata "Baba, mama!" dengan nada pelatnya, semua penat lelah pasti akan hilang dengan begitu sahaja..


  Namun, adakah anak kecil itu tahu, andai anda tidak dapat pulang pada hari itu untuk selama-lamanya, apakah nasib dirinya...? Adakah esok ada makanan untuknya? Adakah bulan depan dia akan mendapat pakaian baru untuk dipakai? Adakah tahun-tahun mendatang dia akan mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk dia meneruskan kehidupannya? Adakah ada insan lain yang akan sanggup menghabiskan wang ringgitnya untuk anak itu seperti anda? Adakah orang lain yang mengasihinya seperti anda?


  Inilah yang anak kecil itu tidak tahu, kerana dia masih terlalu kecil untuk mengerti makna kehidupan yang serba mencabar ini. Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui wang bukanlah segalanya, tapi hampir segalanya memerlukan wang. Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui hari-hari mendatang perlu dilalui dengan kepayahan, dengan tiada jaminan bahawa keperluannya akan dipenuhi andai ibu bapanya tidak pulang untuk selama-lamanya pada hari itu.. Dia masih terlalu kecil untuk mengerti..


  Jika anda seorang bapa atau seorang ibu, malam nanti, ambillah masa beberapa minit untuk merenung wajah anak kecil itu ketika dia tidur. Apa yang sudah anda sediakan untuknya andai anda tiada lagi di sisinya suatu hari nanti? Adakah dia perlu menjual baju-baju yang anda belikan padanya demi menyediakan sesuap nasi kepadanya jika anda sudah tiada? Adakah sesiapa yang akan memberikan simpati kepadanya seperti anda berasa kasih apabila melihat dia tidur?


  Kemudian, ambillah beberapa minit lagi daripada masa anda untuk mengambil sebuah pelan perlindungan takaful (atau insurans hayat) yang akan membuktikan cinta dan kasih anda kepada anak kecil itu. Berilah dia apa yang sewajarnya dia miliki meskipun anda sudah tiada lagi di sisinya. Pastikan hari esok dia masih mampu menjamah makanan, mendapatkan baju baru, menyambung pelajarannya dan pastikan dia masih mampu tersenyum kerana mengetahui masa depannya terjamin..


  Biarlah anak kecil itu tahu ibu dan bapanya cukup mengasihinya dengan meninggalkan wang yang secukupnya, supaya dia, anak kecil itu, tidak perlu mengemis simpati insan lain demi masa depannya apabila ibu dan bapanya yang amat mengasihinya tidak lagi dapat bersama untuk selama-lamanya…


 Hubungi saya, Lin Che Mat, 0136448832 atau emel kepada noorhazlin@prupartner.com.my untuk penerangan lanjut tentang bagaimana anda dapat menyediakan hadiah yang tidak ternilai untuk anak kecil anda dengan pelan terbaik daripada PruBSN…





Total Pageviews

Ads Inside Post