Monday, January 24, 2011

Berani tak?


Tidakkah anda berasa tersentuh apabila seorang kanak-kanak datang ke arah anda dan menadah tangannya yang kecil untuk meminta wang seringgit supaya dia dapat makan hari ini? Tidakkah anda terfikir mana ibu bapanya sehingga kanak-kanak sekecil itu perlu mengharapkan bantuan orang lain?



Tidakkah anda berasakan betapa bertuahnya anda tidak perlu berbuat begitu semasa kecil kerana ayah dan ibu anda menyediakan makanan untuk anda jamah setiap hari? Tidakkah anda terfikir tiadakah saudara maranya yang ingin menjaga kanak-kanak itu?



Tidakkah anda terfikir akan masa depan kanak-kanak itu- bagaimana pula dengan pendidikannya, adakah dia perlu menjadi pengemis seumur hidupnya? Tidakkah anda terfikir sama ada dia mempunyai tempat untuk berteduh malam itu?



Namun kerap kali, selepas memberikan apa yang dipintanya, kita akan terlupa akan nasib kanak-kanak itu. Kita terfikir, tiada apa yang dapat kita lakukan untuknya dan pasti ada orang lain yang akan menjaganya. Kita hanya mampu berfikir tentang nasibnya tetapi adakah kita sanggup menjaganya dan membelainya seperti anak kita sendiri?



Pastinya, kanak-kanak itu tidak dapat meneka nasibnya akan menjadi begitu kerana semasa ayah dan ibunya ada, dia begitu mewah dengan pelbagai barang mainan dan makan di restoran-restoran berhawa dingin. Namun, siapa menyangka, tiba-tiba ayah dan ibunya pergi menyahut seruan Illahi. Rupa-rupanya kemewahan itu hanya pinjaman- pinjaman daripada Courts Mammoth, Hup Seng dan beberapa buah bank. Jadi, tinggallah kanak-kanak itu sehelai sepinggang dan mengharapkan bantuan orang lain untuk dia meneruskan kehidupannya yang masih panjang.



Jika anda mempunyai anak-anak, pastikan anda tidak akan membiarkan anak anda menjadi seperti kanak-kanak di atas. Orang lain mungkin akan bersimpati dengannya, tetapi ia sekadar rasa simpati yang tidak dapat mengubah nasibnya. Pastikan keperluan hidupnya untuk makan, belajar dan bermain tetap dipenuhi meskipun anda mungkin pergi lebih awal, tanpa kesempatan untuk melihatnya membesar di depan mata.



Renunglah mata anak-anak anda dan fikirkan sama anda anda berani berkata, “Anakku, jika ayah dan ibu pergi dulu, kami akan pastikan makan dan minummu tersedia, rumah buatmu berteduh sentiasa ada, pakaianmu sentiasa baru dan pendidikanmu akan sentiasa terjamin.”. Berani tak?



Hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my untuk sebarang pertanyaan bagi menghadiahkan sebuah pelan takaful terbaik daripada PruBSN  untuk diri anda, demi kebaikan dan kebajikan anak-anak anda.

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Gambar ehsan Deenganu, http://www.flickr.com/photos/deenganu/


Orang tua-tua selalu berpesan, sediakan payung sebelum hujan. Sebab tu walaupun anda naik kereta, pasti ada sekaki payung untuk “standby” dalam kereta, kalau-kalau kena juga redah hujan untuk menuju ke destinasi.


Takaful juga begitu. Sebelum terjadinya sesuatu musibah, milikilah ia sebelum terlambat. Meskipun langit cerah membiru, anda sebagai hambaNya tidak dapat mengagak bila awan mendung akan tiba.


Pernah tak tiba-tiba anda terdengar bunyi guruh pada hari yang cerah, lepas tu tiba-tiba je hujan pun turun? Pasti pernah. Kalau pada ketika itu anda tiada payung, pasti terdetik di hati anda “Kalaulah aku bawa payung tadi…”. Tetapi semuanya sudah terlambat. Siapa sangka hujan akan turun di hari yang cerah?


Anda cuma mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya..Adakah anda tahu pagi esok akan ada kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja menyebabkan jalan sesak dan mengakibatkan anda terlewat masuk ofis? Anda mungkin merancang untuk bertolak pada jam 7 pagi, tapi adakah anda pasti anda akan sampai pada jam 8 pagi?


Anda cuma mampu merancang, tetapi Allah jua yang menentukan segalanya.. Adakah anda pasti apakah yg akan anda makan malam ini? Anda mungkin merancang untuk makan seafood di restoran, tetapi adakah anda pasti rasanya akan menepati citarasa anda? Adakah anda pasti tukang masak tidak akan termasukkan lebih garam malam ini?


Semuanya tidak pasti. Adakah anda tahu bilakah ajal akan datang menjemput? Adakah anda tahu bilakah nikmat kesihatan akan ditarik balik? Adakah anda tahu apa yang akan terjadi minggu depan? Semuanya tidak pasti. Sebagai hambaNya, anda hanya mampu merancang tetapi hanya Allah yang akan menentukan segalanya.


Jadi, rancanglah untuk menghadapi masa-masa sukar anda, sama ada untuk kepentingan diri sendiri atau keluarga yang ditinggalkan. Jika anda percaya bahawa anda hanya mampu merancang, tetapi Allah yang menentukan, kenapa masih bertangguh untuk sediakan payung sebelum hujan, sediakan takaful sebelum musibah terjadi?


Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh merancang untuk menghadapi musibah dengan takaful, hubungi saya, Lin Che Mat, 0136448832 atau emel kepada noorhazlin@prupartner.com.my.

Tuesday, January 18, 2011

Insurans? Takaful? Tak Perlulah!



Saya masih muda, masih ditanggung oleh majikan, setiap bulan mendapat gaji tetap, anak-anak pun ditanggung oleh majikan saya kalau perlu ke hospital.. Kesimpulannya, tak perlulah insurans kan?

Sebenarnya insurans itu perlu diambil pada ketika anda rasa anda memang tak memerlukannya. Kerana apabila anda memerlukannya, anda tidak lagi layak untuk memilikinya.

Rasa-rasanya anak jiran sebelah yang masuk hospital sebab leukemia tu, perlukan insurans perubatan tak untuk membayar bilnya yang mencecah ribuan ringgit? Perlu, tapi dia sudah tidak layak..

Rasa-rasanya pakcik yang terlantar di Institut Jantung Negara yang menunggu masa untuk pembedahan tu, perlukan tak insurans? Perlu, tapi kesihatannya tidak melayakkan dia untuk memiliki insurans lagi..

Rasa-rasa anak-anak yang ditinggalkan oleh mak dan ayah akibat kemalangan memerlukan tak duit pampasan daripada insurans mak dan ayah mereka supaya mereka dapat ke sekolah seperti biasa? Perlu, tapi mak dan ayah mereka dah tidak layak memohon insurans lagi…

Jadi benarlah, insurans itu perlu diambil ketika anda rasa anda tak perlukannya. Kerana apabila anda perlukannya, anda mungkin sudah tidak layak untuk memilikinya lagi…














Thursday, January 13, 2011

Anak Kecil Itu...




  Setelah seharian mengharungi hari yang penuh mencabar; berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam, jalan raya yang penuh sesak, kerja ofis yang tidak pernah habis, bos yang demanding, akhirnya anda tiba di rumah.. Tiba-tiba anak kecil itu, anak kecil anda, yang baru berumur 3 tahun datang berlari apabila melihat anda di muka pintu dan berkata "Baba, mama!" dengan nada pelatnya, semua penat lelah pasti akan hilang dengan begitu sahaja..


  Namun, adakah anak kecil itu tahu, andai anda tidak dapat pulang pada hari itu untuk selama-lamanya, apakah nasib dirinya...? Adakah esok ada makanan untuknya? Adakah bulan depan dia akan mendapat pakaian baru untuk dipakai? Adakah tahun-tahun mendatang dia akan mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk dia meneruskan kehidupannya? Adakah ada insan lain yang akan sanggup menghabiskan wang ringgitnya untuk anak itu seperti anda? Adakah orang lain yang mengasihinya seperti anda?


  Inilah yang anak kecil itu tidak tahu, kerana dia masih terlalu kecil untuk mengerti makna kehidupan yang serba mencabar ini. Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui wang bukanlah segalanya, tapi hampir segalanya memerlukan wang. Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui hari-hari mendatang perlu dilalui dengan kepayahan, dengan tiada jaminan bahawa keperluannya akan dipenuhi andai ibu bapanya tidak pulang untuk selama-lamanya pada hari itu.. Dia masih terlalu kecil untuk mengerti..


  Jika anda seorang bapa atau seorang ibu, malam nanti, ambillah masa beberapa minit untuk merenung wajah anak kecil itu ketika dia tidur. Apa yang sudah anda sediakan untuknya andai anda tiada lagi di sisinya suatu hari nanti? Adakah dia perlu menjual baju-baju yang anda belikan padanya demi menyediakan sesuap nasi kepadanya jika anda sudah tiada? Adakah sesiapa yang akan memberikan simpati kepadanya seperti anda berasa kasih apabila melihat dia tidur?


  Kemudian, ambillah beberapa minit lagi daripada masa anda untuk mengambil sebuah pelan perlindungan takaful (atau insurans hayat) yang akan membuktikan cinta dan kasih anda kepada anak kecil itu. Berilah dia apa yang sewajarnya dia miliki meskipun anda sudah tiada lagi di sisinya. Pastikan hari esok dia masih mampu menjamah makanan, mendapatkan baju baru, menyambung pelajarannya dan pastikan dia masih mampu tersenyum kerana mengetahui masa depannya terjamin..


  Biarlah anak kecil itu tahu ibu dan bapanya cukup mengasihinya dengan meninggalkan wang yang secukupnya, supaya dia, anak kecil itu, tidak perlu mengemis simpati insan lain demi masa depannya apabila ibu dan bapanya yang amat mengasihinya tidak lagi dapat bersama untuk selama-lamanya…


 Hubungi saya, Lin Che Mat, 0136448832 atau emel kepada noorhazlin@prupartner.com.my untuk penerangan lanjut tentang bagaimana anda dapat menyediakan hadiah yang tidak ternilai untuk anak kecil anda dengan pelan terbaik daripada PruBSN…





Total Pageviews

Ads Inside Post