Thursday, January 13, 2011

Anak Kecil Itu...




  Setelah seharian mengharungi hari yang penuh mencabar; berdepan dengan manusia yang pelbagai ragam, jalan raya yang penuh sesak, kerja ofis yang tidak pernah habis, bos yang demanding, akhirnya anda tiba di rumah.. Tiba-tiba anak kecil itu, anak kecil anda, yang baru berumur 3 tahun datang berlari apabila melihat anda di muka pintu dan berkata "Baba, mama!" dengan nada pelatnya, semua penat lelah pasti akan hilang dengan begitu sahaja..


  Namun, adakah anak kecil itu tahu, andai anda tidak dapat pulang pada hari itu untuk selama-lamanya, apakah nasib dirinya...? Adakah esok ada makanan untuknya? Adakah bulan depan dia akan mendapat pakaian baru untuk dipakai? Adakah tahun-tahun mendatang dia akan mendapat pendidikan yang sewajarnya untuk dia meneruskan kehidupannya? Adakah ada insan lain yang akan sanggup menghabiskan wang ringgitnya untuk anak itu seperti anda? Adakah orang lain yang mengasihinya seperti anda?


  Inilah yang anak kecil itu tidak tahu, kerana dia masih terlalu kecil untuk mengerti makna kehidupan yang serba mencabar ini. Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui wang bukanlah segalanya, tapi hampir segalanya memerlukan wang. Dia masih terlalu kecil untuk mengetahui hari-hari mendatang perlu dilalui dengan kepayahan, dengan tiada jaminan bahawa keperluannya akan dipenuhi andai ibu bapanya tidak pulang untuk selama-lamanya pada hari itu.. Dia masih terlalu kecil untuk mengerti..


  Jika anda seorang bapa atau seorang ibu, malam nanti, ambillah masa beberapa minit untuk merenung wajah anak kecil itu ketika dia tidur. Apa yang sudah anda sediakan untuknya andai anda tiada lagi di sisinya suatu hari nanti? Adakah dia perlu menjual baju-baju yang anda belikan padanya demi menyediakan sesuap nasi kepadanya jika anda sudah tiada? Adakah sesiapa yang akan memberikan simpati kepadanya seperti anda berasa kasih apabila melihat dia tidur?


  Kemudian, ambillah beberapa minit lagi daripada masa anda untuk mengambil sebuah pelan perlindungan takaful (atau insurans hayat) yang akan membuktikan cinta dan kasih anda kepada anak kecil itu. Berilah dia apa yang sewajarnya dia miliki meskipun anda sudah tiada lagi di sisinya. Pastikan hari esok dia masih mampu menjamah makanan, mendapatkan baju baru, menyambung pelajarannya dan pastikan dia masih mampu tersenyum kerana mengetahui masa depannya terjamin..


  Biarlah anak kecil itu tahu ibu dan bapanya cukup mengasihinya dengan meninggalkan wang yang secukupnya, supaya dia, anak kecil itu, tidak perlu mengemis simpati insan lain demi masa depannya apabila ibu dan bapanya yang amat mengasihinya tidak lagi dapat bersama untuk selama-lamanya…


 Hubungi saya, Lin Che Mat, 0136448832 atau emel kepada noorhazlin@prupartner.com.my untuk penerangan lanjut tentang bagaimana anda dapat menyediakan hadiah yang tidak ternilai untuk anak kecil anda dengan pelan terbaik daripada PruBSN…





No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post