Biasa tak dengar orang berkata "Nantilah dulu.. dah tua macam dah start sakit nanti, aku ambiklah insurans tu..", "Aku sihat je selama ni, x payahlah ambik insurans ni..", "Insurans ni untuk orang dah ada penyakit je, kan?".... OOPPSSS!! BERHENTI!!
Ayat2 di atas tu bunyinya seperti orang menganggap insurans ni sama seperti makan panadol- dah sakit, baru nak ambik. Hakikatnya, insurans tidak semudah itu kerana ia dicipta untuk orang-orang yang sihat yang mahu melindungi diri mereka andai satu hari mereka sakit. Sebaliknya, insurans ni adalah seperti vitamin yang kita ambil sehari-hari supaya dapat membantu kita melawan penyakit apabila perlu!
Tahukah anda peluang anda untuk mendapatkan insurans adalah tipis apabila anda sudah pun mempunyai penyakit? Jika pada ketika itu baru anda terfikir, "Isy, kalaulah aku tahu nak dapat sakit ni, aku mesti akan ambik insurans...", nampaknya ia sudah terlambat.. Ya, "KALAULAH".. Ungkapan yang sangat biasa jika anda tidak mahu mengambil iktibar daripada pesanan Rasulullah saw- INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA.
Anda pula langsung tidak akan layak mengambil apa-apa insurans jika anda sudah pun mempunyai penyakit-penyakit seperti kencing manis dan sakit jantung! Ya, KALAULAH anda tahu ia akan menimpa anda, sudah pasti anda akan ambik insurans kan?
Jadi, jika anda masih lagi sihat, janganlah berlengah untuk mengambil perlindungan insurans untuk diri anda. Jangan sampai anda menjadi orang yang mengucapkan ungkapan "KALAULAH".. Kerana malang tak berbau dan tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku pada hari esok, apatah lagi 5, 10, 20 tahun akan datang..
Anda boleh menghubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my. untuk penerangan percuma tentang bagaimana Prudential BSN Takaful boleh membantu anda di waktu anda sakit.
Benar.. ramai kawan-kawan aku yang dah terlantar di hospital, baru terfikir nak cari tolong. Bukan senang nak cari orang tolong kita bila dah dalam kesusahan, kalau tolong tengok tu memang ramai. Sepatutnya kita rancang apa nak buat esok dan bukan rancang untuk betulkan perkara yang dah berlaku. Kita hanya boleh ambil iktibar dan pengajaran daripada perkara yang dah berlaku..
ReplyDelete