Wednesday, May 25, 2011

Kenapa saya suka kerja saya? Part 1

Ada ramai juga yang bertanya kepada saya, kenapa pilih untuk jadi ejen insurans? Kenapa tak kerja sampai jadi aktuari sebab saya ada degree dalam actuarial science? Kenapa tak minta kerja jadi lecturer? Kenapa tak kerja gomen? Kenapa tak kerja itu? Kenapa tak kerja ini? Kenapa pilih untuk jadi ejen untuk Prudential BSN Takaful?

Sebenarnya banyak sangat sebab kenapa saya pilih kerjaya saya sekarang. Dan saya yakin ini akan menjadi kerjaya terakhir saya sampai saya tua. Dah tak mahu kerja lain dah. Saya sudah cukup bahagia dan gembira dengan kerjaya saya.



credit to Deenganu, Khadijah and Kak Liza for this pic


Betul, pertamanya, saya pilih untuk jadi ejen insurans (saya lebih suka perkataan consultant daripada ejen sebenarnya) kerana saya gembira dan bahagia. Saya sudah tidak mahu berpaling ke belakang. Setiap saat dan ketika saya keluar bekerja, tidak pernah ada sekelumit perasaan nak bertukar kerjaya. Saya gembira apabila dapat berkongsi pengetahuan yang saya ada tentang perancangan takaful dengan kawan-kawan, keluarga dan orang ramai. Tidak kiralah jika hati mereka belum terbuka untuk mengambil pelan tersebut sekarang tetapi ia merupakan satu kepuasan dapat berkongsi idea, mendengar luahan orang lain, bertukar-tukar pandangan serta mendalami apa yang orang lain fikirkan.

Saya juga rasa gembira apabila saya melihat ibu dan bapa yang sanggup melakukan apa sahaja demi menyimpan untuk masa depan anak-anak mereka. Gembira melihat pasangan suami isteri yang mengambil berat antara satu sama lain dan bersama-sama menyuruh pasangan mereka mengambil pelan takaful perubatan supaya apabila berlaku kecemasan, mereka dapat memastikan pasangan mereka mendapat rawatan yang terbaik. Bahagia mendengar suami berkata kepada isteri "kalau saya tak ada lagi, saya nak pastikan awak dan anak-anak kita dapat hidup seperti saya masih ada". Kegembiraan dan kebahagiaan ini saya rasa tidak mungkin akan saya dapat jika saya bukanlah seorang ejen insurans seperti hari ini dan masih bekerja di tempat lama..

Inilah kerjaya yang saya sentiasa bayangkan semasa di bangku sekolah. Gembira melalui kegembiraan orang lain. Sedih melalui kesedihan orang lain. Tapi time tu saya sebenarnya nak jadi kaunselor sebab tak pernah tahu jadi ejen insurans sebenarnya sebahagia ini. Saya seronok dapat membantu orang lain berasa lega apabila mereka ada seseorang untuk mendengar masalah mereka. Saya suka dapat memberi nasihat untuk menyelesaikan masalah orang lain. Tapi bila dah habis SPM, tak adalah pula kursus yang bersesuaian. Lagipun time tu memang minat habis dengan subjek Matematik Tambahan, sebab tu pelan kerjaya dah bertukar dan saya ambil kursus actuarial science. Tapi minat tu masih lagi kuat dalam diri. Saya suka dengar orang bercerita kisah hidup mereka, dan saya suka bagi cadangan untuk membantu. Saya suka menjadi pendengar setia.

Dan Alhamdulillah, akhirnya Allah sudah menemukan kembali saya dengan kerjaya yang bersesuaian dengan jiwa saya. Pekerjaan yang bukan sahaja dapat membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada diri saya, tetapi juga orang lain. Ya, saya suka kerja saya!


Kalau anda berminat untuk menjadi seperti saya, boleh hubungi saya, Lin Che Mat di 013-6448832 atau email noorhazlin@prupartner.com.my. Jangan bazirkan masa kita dengan bekerja dalam keadaan terpaksa, sedih dan tidak gembira. Hidup terlalu singkat untuk dibazirkan begitu sahaja, jadi, bergembiralah dan berbahagialah!


Ps: tu baru satu sebab kenapa saya suka kerja saya. nantikan part 2 untuk lebih sebab kenapa saya suka kerja saya :)









4 comments:

  1. Oh saya pula kurang gemar dgn kerja saya. Aaahhh tidak >.< masih tercari2 jiwa ku di mana. Mungkin kah suri rumah? HAHA

    ReplyDelete
  2. saya ex stdent diploma actuarial science sya nak tanya macamana perasaan mula2 bila akak bertemu dengan orang??

    saya sekarang tengah praktikal di pru bsn cawangan sg. petani.....

    saya sebenarnya takut nak bersua dan ingin berjumpa orng....dalam kata lain malu....

    ReplyDelete
  3. Salam RainBow!

    First skali, of course kita semua ada perasaan malu. Tp bila kita yakin dan pasti kita sbenarnya buat kerja yang baik, insya Allah malu tu boleh di atasi..

    Lagipun, di agensi Al-Isra' kita disediakan platform esp utk budak2 baru utk bagi confidence bila berdepan dengan org ramai. Daripada situ akak belajar nak approach org, nak cerita kat strangers dll..

    Hope this helps :)

    ReplyDelete
  4. buleh pelajar bkerja scra partt= time..?

    ReplyDelete

Total Pageviews

Ads Inside Post