Beberapa hari kebelakangan ini saya agak sibuk jadi saya tidak berkesempatan untuk menambah nilai kad touch n go untuk digunakan dengan smart tag. Semalam, nilai dalam kad saya cuma RM 0.40 jadi hari ini saya terpaksa menggunakan cash untuk membuat pembayaran di beberapa plaza tol.
Okay apa yang saya nak kongsi ialah, nak dijadikan cerita, disebabkan saya sudah terbiasa meletakkan handbag di tempat letak kaki sebelah penumpang (sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan peragut atau perompak untuk mudah mencapainya apabila saya berhenti di lampu isyarat), hari ini, bukan sahaja peragut mahupun perompak tak dapat ambil handbag tersebut, saya sendiri bersusah payah terpaksa berhenti di tepi highway untuk mengambil purse yang terletak di dalam handbag tersebut kerana tidak dapat mencapainya untuk membayar tol!
Lepas tu pula, disebabkan saya perlu keluar pada waktu puncak (peak hour) orang ke pejabat dan melalui beberapa lagi plaza tol pada waktu puncak orang pulang dari pejabat, banyak masa saya yang berharga terpaksa dihabiskan dengan beratur di plaza tol.
Ini mengingatkan saya kepada entri saya sebelum ini tentang "Pakai medical card sama seperti pakai smart tag (6 Julai 2011)". Memang betul, apabila kita sudah terbiasa dengan cara yang lebih mudah, kita akan berasa susah apabila terpaksa menggunakan cara yang kurang mudah.
Apabila kita sudah terbiasa menggunakan medical card yang diberikan oleh majikan, apabila sudah tamat tempoh perkhidmatan atau bersara, kita akan berasa susah apabila tiada medical card untuk kemasukan ke hospital. Lebih-lebih lagi jika sebelum ini majikan "meminjamkan" medical kepada seluruh ahli keluarga termasuk anak-anak.
Cuba bayangkan, kalau dulu anak diserang demam panas, kita senang-senang je hulur medical card kepada hospital, sekarang bila kita sudah bersara, kita terpaksa hulur cash. Kita tak biasa tengok duit simpanan diberikan kepada orang lain (hospital) dalam sekelip mata. Kita tak biasa kena bayar deposit beribu-ribu untuk membolehkan anak kita masuk ke hospital. Kita tak biasa meminta duit daripada adik beradik kerana tak cukup duit nak bayar deposit, apatah lagi bil akhir. Kita tak biasa!
Jadi, kita semua yang masih bekerja dan DIPINJAMKAN medical card oleh majikan, jangan cepat puas hati kerana itu hanyalah pinjaman. Majikan berhak mengambilnya kembali pada bila-bila masa. Ia bukan hak milik mutlak kita mahupun keluarga kita.
Apabila kita sudah terbiasa masuk hospital menggunakan medical card, sama seperti masuk plaza tol dengan menggunakan smart tag, seperti pengalaman saya di atas, kita akan rasa susah apabila terpaksa membayar dengan cash. Ataupun, kalau sebelum ini kita sudah terbiasa pergi ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan, tiba-tiba apabila sudah bersara kita terpaksa menunggu giliran yang begitu lama di hospital kerajaan semata-mata kita mahukan rawatan percuma, sanggupkah kita? Sama seperti kalau sudah biasa pakai smart tag di plaza tol, tiba-tiba perlu beratur panjang semata-mata nak membayar tol, kita akan berasa susah kerana kita tak terbiasa!
Jadi, biasakan diri kita DENGAN memiliki medical card kita sendiri daripada mengharapkan medical card yang dipinjamkan oleh majikan semata-mata. Kita biasakan membuat simpanan bulanan untuk memiliki medical card kita sendiri. Kita biasakan diri kita beringat-ingat sebelum terkena. Biasakan...
Anda pilih, anda tentukan. Anda boleh pilih untuk menghubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my dan tentukan sama ada anda masih mahu menunggu atau anda ingin mendapatkan "smart tag" anda kalau-kalau anda perlu dimasukkan ke hospital suatu hari nanti.