Wednesday, July 4, 2012

Ayat magik?

Salam semua,




Hari ni saya nak kongsi tentang ayat magik "saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Sepanjang pengalaman saya bersama PruBSN Takaful, sering kali saya dengar ayat magik di atas. Kadang-kadang saya rasa simpati pun ada, sebab kereta sampai dua biji, rumah ada empat bilik, baju anak-anak tak main brand Kiki Lala, tapi beli Baby Gap, Osh Kosh, sampaikan tak mampu nak ambil takaful.

Pembaca semua, ambil takaful ni bukan mahal sangat.. Tak semahal bayar kereta tujuh lapan ratus sebulan. Tak setanding harga sepasang baju dan seluar Baby Gap. Menyediakan payung sebelum hujan dengan takaful ni boleh bermula dengan RM100 sebulan  pun. Tak perlu bayar lima enam ratus sebulan pun. Tapi kenapa ramai masih menggunakan ayat magik ya?

Agak-agaknya kalau tiba-tiba kena operation RM50,000 kat Institut Jantung Negara, boleh tak bila staff bahagian admission tanya "Encik nak bayar bil nanti pakai cash ke, atau nak pakai insurans / takaful?", lepas tu kita jawab "Saya tak ada cash banyak tu. Tu la, saya memang ada niat nak ambil takaful ni, tapi...". Agak-agak boleh tak bayar bil dengan jawab macam tu ek? Kalau boleh, minta tolong ajarkan saya bagaimana. Kalau tak boleh, kenapa masih nak gunakan ayat magik tu? ;)


Wednesday, June 13, 2012

Sakit fizikal, sakit poket..



Apa yang ada dalam fikiran kita bila tengok kartun ni? 

Pengalaman hidup saya, memang ramai orang yang takut nak dapatkan rawatan terbaik di hospital pakar kerana takut poket sakit.. Fizikal dah memang sakit, contohnya sakit jantung, sakit buah pinggang, sakit tulang belakang.. Ya Allah, besarnya dugaan mereka kan..

Tapi ia akan jadi lagi kasihan bila bukan sahaja fizikal yang sakit, tapi poket pun turut sakit.. Mana taknya, satu ubat bius rasa-rasa berapa harga? Ada client saya kena bius bahagian muka untuk operation sinus, kos untuk bius sahaja RM2000! Belum termasuk harga bilik, harga consultation doktor, peralatan perubatan, dan banyak lagi kos lain.. Alhamdulillah kos perubatan ditanggung oleh PruBSN Takaful, di samping layanan doktor yang first class, dapat bilik single, anak-anak boleh datang jenguk bila-bila masa.. Macam mana pula kalau kena bayar bil pakai duit sendiri? Ini yang saya maksudkan "sakit fizikal, sakit poket..".. 

Sama-sama beringat.. Sakit fizikal insya Allah boleh sembuh tapi kita kena bagi usaha yang terbaik.. Kalau sakit poket, kadang-kadang sampai kita meninggal pun belum tentu habis bayar hutang yang kita tinggalkan.. Akibatnya anak-anak pula kena tanggung akibatnya.. Ya Allah, kasihannya bila saya dengar ada keluarga terpaksa jual rumah sebab nak menanggung beban hutang perubatan yang ditinggalkan bapa mereka.. 

Sampai hati ke nak jadi macam tu pada keluarga kita? Hubungi saya Lin Che Mat di 0136448832 jika anda berminat untuk tahu bagaimana bersedia untuk menghadapi sakit fizikal tanpa sakit poket.

Total Pageviews

Ads Inside Post