Wednesday, October 15, 2014

Sesuatu yang mungkin kita LUPA untuk utamakan?

Assalamualaikum wbt,

Kisah pagi ini yang patut kita sama2 renungi, adakah kita LUPA utk utamakan keperluan anak-kita kita berbanding kehendak kita?

Seorang bapa mencarum takaful untuk anaknya, kot-kot kalau ada kecemasan yang memerlukan kemasukan ke hospital, insya Allah boleh bagi anak kecil yang tak mengerti apa-apa tu selesa sikit di hospital pakar swasta. Tapi, kerana kehendak untuk menggayakan sebuah kereta buatan luar negara, si bapa sanggup menghentikan caruman takaful untuk anaknya. Akibatnya, polisi anak tidak lagi aktif. Kehendak bapa atau keperluan anak yang lebih utama di sini? 

Ini bukan kisah dongeng. Ini kisah benar yang berlaku di luar sana. Kenapa kita sebagai ibu bapa kadang kala sukar untuk tentukan keperluan anak dan kehendak kita? 

Mencarum takaful untuk anak bukan mahal pun.. Kalau gaji bapa RM3,000, dan caruman takaful untuk anak RM120 sebulan, ia cuma 4% sahaja daripada gaji bapa! Itu kalau gaji RM3,000.. Sekarang ini lulusan universiti pun sudah dapat gaji permulaan RM3,000 apatah lagi kalau yang dah lama berkerja.

Agaknya kalau anak pandai tanya "kenapa mak dan ayah tinggalkan saya bersama orang lain apabila mak dan ayah pergi kerja tapi 4% daripada gaji pun ayah tak boleh simpan untuk saya?", apa patut kita jawab? "Sebab mak dan ayah nak beli kereta buatan luar negara, jadi kamu perlu berkorban untuk keselesaan kita semua. Kamu masuk hospital bukan setiap hari, ayah ni kena bawak kereta setiap hari!". 

Kalau sampai hati nak jawab macam tu pada anak, jawablah.. kalau tak sampai hati, pastikan kalau dah mencarum takaful untuk anak, jangan tak bayar sampai polisi lapsed pula. Tentukan yang mana keperluan anak dan kehendak kita. Jangan lupa, utamakan keperluan berbanding kehendak.

Kalau belum lagi mula mencarum, hubungi saya di 0136448832 atau email noorhazlin@prupartner.com.my.






Sent from Samsung Mobile

Thursday, October 9, 2014

Sedia menjadi rama-rama?

Assalamualaikum wbt,

Pernah tengok ulat dalam kepompong? Bagaimana agaknya rasa ulat tersebut duduk di dalam kepompong? Selesa dan selamat.. 

Bagaimana jika ulat itu membuat keputusan untuk terus duduk di dalam kepompongnya? Adakah dia akan dapat mengetahui bahawa diri dia sebenarnya adalah seekor rama-rama yang cantik sayapnya? Adakah dia dapat mengetahui bahawa dunia ini luas dan dia bebas untuk menjelajahnya? Adakah dia akan tahu dunia di luar sana sebenarnya menyediakan keselesaan yang lebih baik daripada dalam kepompong? Adakah dia dapat merasai nikmat mengharungi cabaran dan berpuas hati pada akhirnya kerana berjaya mengharungi semua cabaran itu?

Begitulah diri kita. Kadang kala kita terlalu selesa berada dalam kepompong kita, walaupun ada kalanya kepompong kita itu tak selesa dan tak cukup selamat pun. Cuba lihat, adakah setiap hari kita merasa meluat untuk pergi kerja kerana tak tahan dengan kerenah bos? Tapi akhirnya kita pergi juga sebab kalau tak, nanti tak dapat gaji. Adakah setiap Isnin kita rasa bosan nak pergi kerja, tapi akhirnya kita pergi juga sebab nanti nak dapat bonus, tak boleh ponteng-ponteng kerja. Kita marah dengan politik di tempat kerja, tapi kita "hadap"kan juga sebab itulah mata pencarian kita, kita tak pandai buat apa-apa lagi..

Sedar atau tidak, kita lama kelamaan kita semakin "takut" untuk keluar dari kepompong kita? Walaupun tidak selesa, kurang selamat, kita tetap ingin duduk di dalam kepompong kita. Kita terlalu bergantung kepada kepompong itu, kita semakin lupa yang kita sebenarnya adalah RAMA-RAMA.

Keluarlah dari kepompong, cari kekuatan untuk belajar benda baru. Cari jalan untuk dapatkan kemanisan madu dari bunga-bunga yang berwarna warni di luar sana. Cari kekuatan dalaman untuk merancang kehidupan kita agar menjadi seperti yang kita inginkan. Ada orang ingin hidup kaya raya, money is never a problem. Ada orang ingin mempunyai lebih masa untuk mendidik anak-anak sendiri di rumah. Ada orang ingin berjaya dalam kerjaya dan dalam keluarga. Ada orang ingin melancong ke luar negara, menikmati bumi ciptaan Allah. Ada orang cuma ingin gembira setiap kali pergi kerja..


Carilah RAMA-RAMA di dalam diri kita. Sedarlah bahawa kita adalah RAMA-RAMA. Kita mampu terbang jauh dan kita sememangnya memiliki sayap yang cantik.









Oktober 2014


Assalamualaikum wbt,

Lamanya tak berkesempatan update blog saya ini. Dah masuk Oktober 2014. Banyak saya nak kena qada' update ni. Terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung blog yang tak jemu menjenguk dan yang menghantar emel bertanyakan tentang pelan Prudential BSN Takaful.

Alhamdulillah saya masih lagi bernaung di bawah agensi saya, Muqmeen Group, yang merupakan agensi berdaftar di bawah Prudential BSN Takaful. Produk-produk Prudential BSN Takaful juga telah melalui pelbagai "revolusi" demi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Yang paling baru dilancarkan ialah pelan "akhirat dan dunia", iaitu Pelan Ummahlink. Pelan untuk memenuhi keperluan duniawi dan akhirawi, insya Allah.

Boleh hubungi saya di 0136448832 atau emel kepada noorhazlin@prupartner.com.my untuk keterangan lanjut.


Total Pageviews

Ads Inside Post