Thursday, October 9, 2014

Sedia menjadi rama-rama?

Assalamualaikum wbt,

Pernah tengok ulat dalam kepompong? Bagaimana agaknya rasa ulat tersebut duduk di dalam kepompong? Selesa dan selamat.. 

Bagaimana jika ulat itu membuat keputusan untuk terus duduk di dalam kepompongnya? Adakah dia akan dapat mengetahui bahawa diri dia sebenarnya adalah seekor rama-rama yang cantik sayapnya? Adakah dia dapat mengetahui bahawa dunia ini luas dan dia bebas untuk menjelajahnya? Adakah dia akan tahu dunia di luar sana sebenarnya menyediakan keselesaan yang lebih baik daripada dalam kepompong? Adakah dia dapat merasai nikmat mengharungi cabaran dan berpuas hati pada akhirnya kerana berjaya mengharungi semua cabaran itu?

Begitulah diri kita. Kadang kala kita terlalu selesa berada dalam kepompong kita, walaupun ada kalanya kepompong kita itu tak selesa dan tak cukup selamat pun. Cuba lihat, adakah setiap hari kita merasa meluat untuk pergi kerja kerana tak tahan dengan kerenah bos? Tapi akhirnya kita pergi juga sebab kalau tak, nanti tak dapat gaji. Adakah setiap Isnin kita rasa bosan nak pergi kerja, tapi akhirnya kita pergi juga sebab nanti nak dapat bonus, tak boleh ponteng-ponteng kerja. Kita marah dengan politik di tempat kerja, tapi kita "hadap"kan juga sebab itulah mata pencarian kita, kita tak pandai buat apa-apa lagi..

Sedar atau tidak, kita lama kelamaan kita semakin "takut" untuk keluar dari kepompong kita? Walaupun tidak selesa, kurang selamat, kita tetap ingin duduk di dalam kepompong kita. Kita terlalu bergantung kepada kepompong itu, kita semakin lupa yang kita sebenarnya adalah RAMA-RAMA.

Keluarlah dari kepompong, cari kekuatan untuk belajar benda baru. Cari jalan untuk dapatkan kemanisan madu dari bunga-bunga yang berwarna warni di luar sana. Cari kekuatan dalaman untuk merancang kehidupan kita agar menjadi seperti yang kita inginkan. Ada orang ingin hidup kaya raya, money is never a problem. Ada orang ingin mempunyai lebih masa untuk mendidik anak-anak sendiri di rumah. Ada orang ingin berjaya dalam kerjaya dan dalam keluarga. Ada orang ingin melancong ke luar negara, menikmati bumi ciptaan Allah. Ada orang cuma ingin gembira setiap kali pergi kerja..


Carilah RAMA-RAMA di dalam diri kita. Sedarlah bahawa kita adalah RAMA-RAMA. Kita mampu terbang jauh dan kita sememangnya memiliki sayap yang cantik.









No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post