Wednesday, December 2, 2015

KUASA PILIHAN

KUASA PILIHAN

Suami wanita ini mungkin tidak mampu membelikan handphone beribu2 ringgit kepadanya, mungkin dia pun x pernah dapat pergi melancong ke mana2 pun seumur hidupnya, mungkin hidup mereka cuma kais pagi mkn pagi tanpa gaji tetap yg masuk ke akaunnya tiap2 bulan.

Tapi dgn berbekalkan cinta pada suaminya yg sakit, dia sanggup masuk marathon smpai berbaki ayam. Semata2 nak cari duit utk buat MRI Scan utk suaminya yg sakit.

Hospital kerajaan mempunyai kemudahan yang baik, malah ada yang kemudahannya lebih baik drpd hospital pakar swasta. Namun, bilangan pesakitnya ramai, dan mungkin dalam ramai2 tu, ada terselit orang2 yang latar belakang hidupnya sama seperti makcik ini.

Berilah peluang kpd mereka utk mendapatkan kemudahan kesihatan di hospital kerajaan. Mereka tak punya apa2, mereka tak ada pilihan lain. Berilah giliran kita kepada mereka, kerana kita ada pilihan. RM15 yang kita belanja utk makan sehari mungkin bersamaan dengan wang yang mereka punyai seminggu.

Kaji pilihan yg ada. Kita ada pilihan. Buatlah pilihan. Kuasa pilihan di tangan kita.

Dan sebaik2 manusia adalah yg mberi manfaat kepada org lain (HR Bukhari).


Lin Che Mat
0136448832


Sent from my Samsung device

Friday, October 16, 2015

Perbezaan antara rezeki yang berkat dan yang tidak

Assalamualaikum,

Pagi tadi, seperti biasa, untuk memulakan hari saya, saya mendengar CD Celik Hati Reset Minda oleh Prof Dr. Muhaya. Sebenarnya saya dapat CD ini percuma selepas melakukan Relex Smile dengan beliau pada awal tahun ini. Tetapi sejak hari itu apa yang boleh saya katakan ialah, ia bukan sahaja merubah pandangan mata saya yang boleh melihat tanpa memakai cermin mata tetapi juga telah dapat merubah cara saya melihat kehidupan. (saya recommend utk dgr cd ni ketika dlm kereta semasa memandu ke tmpat kerja sbb aura kita akan sangat positif utk memulakan hari kita, insya Allah!)

Beliau menyebut tentang perumpaan antara rezeki yang berkat dan yang tidak. Jadi, saya kongsikan di sini dalam bentuk lukisan. Lebih mudah untuk difahami insya Allah..


Rezeki yang berkat umpama air bersih yg banyak di dalam tangki. Apabila digunakan utk mandi dapat membersihkan badan, diminum dapat menyihatkan badan, dicium tidak menyakitkan deria bau.

Rezeki yang tidak berkat umpama air yang berisi bangkai tikus. Meskipun banyak, tetapi kotor. Jika diminum memudaratkan kesihatan, jika digunakan utk mandi membusukkan badan, apatah lagi jika dicium.

Elakkan menipu, memberi dan menerima rasuah, menggunakan harta pejabat untuk berbisnes, mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Kerana meskipun banyak habuannya, ia berbau bangkai tikus.

Wallahualam.

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832

Sent from my Samsung device

Thursday, October 15, 2015

3 tips untuk kekal sihat #misisihat

Minggu lepas, rasa teruja ternampak mesin penimbang berat di bilik kakak saya. Naik atas penimbang, terkejut nampak angka 6 kat depan. Nak ketawa ke, nak nangis nihh..

Maka, #misisihat pun dimulakan hari ini. Memandangkan saya mempunyai jadual yang agak fleksibel pada hari Selasa dan Khamis, maka jadual #misisihat di pilih pada pagi Selasa, Khamis dan Sabtu. Setiap sesi 20 minit, berlari atas threadmill yang dah lama meraung-raung supaya digunakan. Haha.

So dalam misi untuk kekal sihat, saya mulakan dengan melakukan tiga tips ini:

1. Cari sepasang kasut yg baik



2. Dengar lagu yg mberi motivasi (pasang kuat2 sebab kalau rasa nak give up boleh nyanyi sekali)



3. Mulakan bersenam!





Siapa bersama saya dalam #misisihat ini?

Ps: rasa-rasa nak buat pertandingan la untuk #misisihat ni.. apa hadiah yang best nak bagi ya?

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
013-6448832


Saturday, October 10, 2015

Mencari usahawan muda!!

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah sekarang ini kita lihat, semakin ramai golongan muda yang berminat untuk menjalankan perniagaan. Macam saya semasa mula-mula terfikir nak berniaga dulu, saya search mcm2 jenia perniagaan di internet. Antara banyak2 tu, ada 2 jenis perniagaan yang saya finalisekan, sama ada nak jual kain batik sutera Terengganu secara online atau jadi ejen takaful.

Memandangkan simpanan pada waktu itu tidak banyak, dan saya memang tidak mahu memulakan perniagaan saya dengan membuat hutang dengan mana2 pihak, dan saya mahukan ada mentor yang boleh menunjuk ajar bagaimana untuk berniaga, saya akhirnya memilih untuk menceburi bidang takaful. Allah menemukan saya dengan blog yang ditulis oleh mentor saya, Abd Aziz Riadi, yang merupakan salah seorang speaker hotseat IMKK minggu lepas. Pada ketika itu, beliau masih baru bermula sebagai unit manager, tak glamer mcm skrg :p

Dipendekkan cerita, setelah bberapa kali menangguh pertemuan dengannya kerana kesibukan kerja saya pd waktu itu, akhirnya saya bertemu beliau dan menyatakan hasrat untuk menjadi seorang agent. The rest is history. Beliau membimbing saya daripada zero sehingga saya berada di mana saya hari ini. Syukur alhamdulillah, keputusan saya tepat dan tidak sekali kali saya akan berpaling ke belakang.

Setelah hampir lima tahun di dalam bidang ini, sekarang sudah tiba masanya untuk saya pula mencurahkan ilmu yang ada kepada bakal bakal usahawan muda di luar sana. Jika anda sedang terfikir untuk menjadi agent takaful seperti saya, ingin menambah pendapatan yang tiada had untuk membantu keluarga, mempunyai rasa ingin belajar yang tinggi, sukakan cabaran untuk menjadikan diri lebih baik drpd sebelum ini, mahukan perniagaan yang dibimbing secara one to one, hubungi saya, Lin Che Mat di 013-6448832. 

Saya sedang menunggu panggilan / sms daripada anda, yang tidak mahu menyesal di hari tua kerana takutkan cabaran di hari muda. Apa salahnya mencuba?

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832



Sent from my Samsung device

Thursday, September 10, 2015

Tips sedekah setiap hari

Assalamualaikum,

Pernah tak terfikir kita sebenarnya boleh bersedekah setiap hari? Saya kongsikan beberapa tips bersedekah yang boleh kita sama2 amalkan:

1. Bayarkan bil sarapan orang yang tengah makan time kita bayar makanan kita. Pilih satu meja. Kemudian, ckp kat cashier, yang anda juga membayar bil untuk orang di meja tersebut.

2. Bila pergi pasar malam, time beli nasi ayam atau nasi beriani (yang harganya fixed), beritahu penjual yang anda membayar utk satu atau dua lagi bungkus makanan yang sama. Pesan, "saya nak sedekah,", biasanya penjual akan faham bila kita sebut sedekah.

3. Nampak budak kecik duduk baik2 semasa mak/ ayahnya solat. Selepas mak/ayahnya selesai solat, minta kebenaran untuk bagi duit kepada anaknya sebab soleh/solehah menunggu sewaktu solat (amaran: penting minta kebenaran sbb kita tak mahu disalah erti sbg org jahat bagi duit kat budak2).

4. Semasa ke hospital, nampak orang berkerusi roda, pergi kepadanya terus dan hulurkan sedekah kepadanya. Cakap "Saya kagum dgn ksabaran encik/puan menghadapi musibah. Ini sedikit sumbangan ikhlas drpd saya, minta doakan saya juga setabah encik/puan bila diuji sebegini."

5. Bila ke tandas awam yang bersih, hulurkan wang kepada cleaner tandas sebagai tanda terima kasih kpd dia kerana memudahkan urusan kita. Percayalah, gaji cleaner tak sebesar mana nak di bandingkan dengan kesungguhannya memastikan tandas bersih dan selesa untuk kita.

6. On the way nak pergi tempat kerja, kalau kita bayar tol pakai cash, bayarkan sekali tol untuk kereta di belakang kita. Tak perlu fikir kereta apa orang tu pakai, yang penting niat kita nak bersedekah.

Berilah seikhlasnya kerana Allah swt. Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta yang kita milliki tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa.

Cubalah! Sedekahkan tips jika ia bermanfaat :)




Monday, September 7, 2015

Ayah saya, hero saya..


Ramai orang bertanya, jadi saya jawab la ye..

Ya, kereta merah itu kereta saya tapi saya tidak berada di tempat kejadian sewaktu ia berlaku. Lelaki yg duduk di seat driver itu ialah ayah saya.

Ayah saya bw kereta saya krn Pak Tam (bukan nama sbnr) beritahu anaknya x mahu balik rumah kcuali kalau naik kreta merah. Dah puas mak ayahnya, polis, org ramai yg dtg memujuk tp dia tetap x mahu balik.

Tetapi siapa sangka, dia rupanya nak "naik" kereta merah. Sebab tu anda smua nampak dia baring dan duduk atas kereta tu. Pakcik yg bbaju biru bdiri di sebelah kereta itu ialah ayahnya, yang masih tidak putus asa memujuknya utk pulang ke rumah..

Selepas beberapa ketika dipujuk lagi, dia akhirnya akur utk msuk dlm kereta. Dia duduk di belakang dan ayahnya duduk di sebelah ayah saya. Ayah saya suruh dia mengucap, dia mengucap. Ayah saya tnya ingat Allah tak, dia jawab ingat..

Alhamdulillah dia akhirnya selamat di hantar ke rumah. Ayah saya dan ayahnya pergi mbuat laporan polis. Tetapi lps tu dia ambik keretanya dan lari ke tempat lain pula. Saya x tahu apa yg jadi selepas itu.

Harap2 dpt mnjawab psoalan smua. Dan kalau boleh, jangan sebarkan lagi gmbarnya yg tdedah auratnya itu. Walaupun kurang siuman, kita jgn lupa dia juga ada mak dan ayah, adik beradik dan saudara mara.

Barang siapa menutup aib saudaranya, Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat (H.R. Bukhari).

Kepada ayah dan mak saya, terima kasih kerana mengajar saya bahawa erti kemanusiaan itu melebihi nilai kebendaan.

Dan pesan guru saya, jangan tertawa melihat orang gila kerana dia akan dapat masuk syurga tetapi kita yang waras ini, belum tentu pengakhirannya adalah syurga..

Wallahualam.

Pakar takaful bpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832
www.linchemat.com

Sent from my Samsung device

Thursday, September 3, 2015

Kisah saya dan matematik.


Ada sekolah panggil jadi volunteer ajar maths! Wahhh, excited sgt!!

Kisah saya dan matematik.

Dulu ms form 4, belajar Add Maths tak pernah lulus (belas2 je markah paling tinggi). Hahaha. Sadis.

Tapi msuk form 5, saya ckp pd diri sendiri, knp org lain boleh pandai tp saya tak boleh pandai juga? So belajar pulun hari2. Make sure setiap hari buat latihan Add Maths. Pergi 2 tempat utk blaja tusyen add maths. Then ms SPM wpun tertinggal jawab soalan paling last sbb x perasan, dapat gak A1. Alhamdulillah.

Bukan nak cakap saya pandai, bukan begitu. Tapi nak cakap, dalam hidup kita ni, yang penting kita nak belajar dan membuka minda kita utk belajar. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Tak pandai nak jadi agent takaful? Meh saya ajarkan!

Pakar takaful bpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832
www.linchemat.com

Sent from my Samsung device

Wednesday, September 2, 2015

Kalau saya mampu membeli syarikat insurans, kenapa saya perlu membeli polisi insurans?

Assalamualaikum semua,

Ada orang kata, "Kalau saya mampu membeli syarikat insurans, kenapa saya perlu membeli polisi insurans?". Inilah sebabnya..

Wang kita tak mungkin kita boleh bawa sampai ke dalam kubur. Tetapi apa yang kita manfaatkan orang lain dengan wang kita, itulah sedekah jariah yang boleh kita bawa sebagai bekalan. Biarlah takaful yang bayarkan bil hospital kita. Duit kita yang ada tu, gunakanlah untuk memanfaatkan orang lain. Bacakan kisah ini, semoga ada pengajaran yang kita boleh ambil daripadanya..

Isnin lepas, saya berpeluang berjumpa dengan seorang prospek yang diperkenalkan oleh sahabat saya. Saya memulakan presentation saya seperti biasa sehinggalah saya bertanya kepadanya, "ada siapa tak dalam keluarga yang mempunyai sakit kanser?". "Ada, ayah saya. Kanser paru2", ujar prospek saya ini.


Menurutnya, ayahnya dikesan mempunyai kanser paru2 pada umur 60an. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan kedai makan. Sangat menjaga pemakanannya, tidak makan junk food dan tidak minum air berperisa. Tidak langsung mempercayai orang lain menjaga duitnya, jadi arwah tidak menyimpan duit di mana2 kecuali di savings account dan current account.

Apabila mendapat tahu arwah mempunyai kanser paru2, mereka mendapatkan konsultansi daripada seorang doktor pakar di salah sebuah hospital pakar swasta di ibu negara. Pada masa itu, mereka telah bersedia dengan wang yang mungkin akan perlu disediakan untuk sesi kimoterapi yang dianggarkan kira2 RM12,000 utk satu sesi. Full cycle adalah sebanyak 8 sesi. So cuba bayangkan berapa banyak duit nak kena sedia tuuuuuu...?

Tetapi, alhamdulillah, mungkin kerana amalan baiknya sebelum2 ini, Allah telah memudahkan urusan arwah. Doktor pakar tersebut yang juga doktor pakar di salah sebuat pusat rawatan respiratori milik kerajaan telah membawa arwah untuk mendapatkan rawatan di pusat rawatan tersebut merana katanya kes arwah agak unik kerana arwah juga mempunyai tibi. Kata prospek saya ini, "kami cuma bayar RM50 ms mula2 nak masuk tu, tp lepas tu rasanya bayar lagi murah, i pun sendiri tak tahu berapa byrnnya." (Kalau murah mana kita nak ingat harganya kan, klu mahal ingat juga sbb tengok duit berkepuk2 keluar dari purse hehe).

Namun arwah bapanya rasa amat terhutang budi kpd kebaikan doktor pakar ini. Iyalah, dia mampu membayar bil hospital swasta tetapi dapat pula dapatkan rawatan yang murah dan terus dengan doktor pakar ini. Berkali2 arwah ayahnya cuba memberi wang kepada doktor tetapi beliau menolak utk menerimanya pada setiap kali. "Ini memang kerja saya, tak perlu bayar pada saya,", ayat yang biasa doktor pakar ini ucapkan.

And guess what?

Kalau kita, mesti kita akan bfikir "wah bestnya, selamat duit aku, boleh la pergi melancong bila dah sihat ni kan.." Betul tak? Betul tak? Hahaha. Sebab saya terfikir mcm tu.

Tapi apa yang arwah ayahnya lakukan ialah, arwah mengambil jumlah yang sepatutnya arwah bayarkan kepada hospital swasta dan menyumbangkan kepada dana utk membantu research tentang kanser dan pesakit2 kanser! Arwah memanfaatkan wangnya untuk membantu orang lain! Subhanallah, mulianya hati arwah.. Subhanallah, bayangkan apa bekalan yang arwah dah bawa ke kubur (arwah sudah meninggal dunia kira2 lima tahun lepas), Allah bagi peluang kpd dia untuk menyiapakan bekalan amal jariah sebelum Allah menjemputnya. Subhanallah, untungnya arwah..



Kejadian yang dialami ayahnya, kata prospek saya, baginya adalah satu keajaiban. Mungkin drpd 1 juta rakyat Malaysia, baru seorang akan dpt peluang sebegini. Saya katakan, ia adalah satu rahmat yang Allah beri mungkin kerana kebaikan2 yang arwah buat sepanjang hayatnya.

Jadi, siapa kata orang kaya tak perlukan takaful? Dalam kisah di atas, arwah beruntung kerana mendapat peluang dapatkan rawatan semurah itu. Tetapi kita? Belum tahu lagi.. Jangan smpai duit yang kita kumpul ini digunakan untuk membayar bil hospital. Biarlah ia digunakan untuk membantu orang lain dalam menyediakan bekalan akhirat kita..









Thursday, August 20, 2015

Keje gomen tak perlu takaful? Think again!


Beberapa bulan lepas, saya berjumpa dengan seorang sahabat baik saya yang sudah lama saya tidak jumpa lantaran kesibukan kami. Rancang berborak, beliau bcerita tentang ibunya yang merupakan bekas penghidap kanser limfoma tahap tiga (kritikal). Tentang bagaimana ibunya mendapatkan rawatan untuk kanser tersebut dan bagaimana ibunya berkongsi pengetahuan dengan pesakit2 lain di hospital semasa mendapatkan rawatan akan pelbagai bantuan yang boleh mereka dapatkan, memberi semangat kepada mereka dsb.

Sumber: Google


Subhanallah, dengan kecekalan ibunya itu, saya tidak terperanjat apabila ibunya sudah pulih dan bebas daripada kanser tersebut. Benar kata guru saya, apabila kita diuji dengan sesuatu penyakit, bukan sahaja ubat membantu penyembuhan (dengan izin Allah sudah pastinya) tetapi semangat pesakit terhadap kehidupan sebenarnya yang menjadi kekuatan untuk badannya melawan sesuatu penyakit.

Namun, ada sesuatu pada ceritanya yang saya rasa saya perlu kongsikan dengan semua orang di luar sana yang mungkin masih ragu-ragu kenapa mereka perlu mempunyai perlindungan takaful sedangkan mereka bekerja di sektor perkhidmatan awam atau dalam erti kata lain, keje dengan gomen.

Semasa ibunya berjumpa dengan doktor di hospital kerajaan untuk mendapatkan konsultasi tentang rawatan kimoterapi untuk kanser yang dihadapinya, beliau bertanya tentang ubat yang terbaik utk rawatan tersebut. Mengikut doktor, ada ubat yang lebih baik tetapi harganya jauh lebih mahal menyebabkan ia tidak digunakan di hospital kerajaan. Terlalu mahal, sehingga ia tidak menjadi munasabah untuk digunakan untuk ramai pesakit di hospital kerajaan. 

Agaknya jika kita berada pada situasi itu, apa yang akan kita lakukan? Menyalahkan kerajaan tidak menyediakan ubat yang mahal itu secara percuma di hospital kerajaan? Berserah sahaja dengan apa sahaja yang ada? Mengorek mana2 tabung yang ada yang tujuannya ialah untuk simpanan di masa tua? Meminta derma? Menangis menyesal kerana tidak dilahirkan di UK? :P

Menariknya, setelah mendengar penerangan doktor, apa yang ibunya lakukan ialah, beliau meminta doktor menempah ubat tersebut dan beliau akan membayar harga ubat tersebut dengan duit pampasan takaful yang beliau perolehi!

Baru saya tahu, ada prosedur sebegini rupanya- dapatkan rawatan di hospital kerajaan tetapi menggunakan duit sendiri untuk membeli ubat yang lebih baik drpd yang disediakan secara percuma di hospital kerajaan. Kawan saya terlupa berapa harga ubat tersebut tetapi menurut kawan lain yang merupakan seorang doktor, harganya boleh mencecah ratusan ribu ringgit!

Menarik kisahnya, kerana saya sendiri tidak tahu mengenai perkara ini meskipun saya amat amat menggalakkan semua kakitangan kerajaan untuk mengambil takaful atas pelbagai sebab yang lain. Dengan mekanisme begini, sudah pasti kita semua mendapat pilihan untuk mendapatkan rawatan terbaik di mana sahaja yang kita mahukan. 


Inilah takaful, ia memberikan bantuan kewangan apabila kita sangat memerlukan (disclaimer: hanya jika anda mengambil takaful komprehensif, dengan nilai pampasan yang sewajarnya!) tanpa perlu menjadi rakyat UK, meminta derma, mencuri tabung sendiri yang sepatutnya digunakan untuk tujuan lain atau terus menerus menyalahkan orang lain..

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832
www.linchemat.com

Tuesday, August 18, 2015

Sebelum makan lunch, jom "makan" fakta ini dulu!

Selamat tengahari semua!

Sebelum makan tghari ni, jom makan dulu fakta tentang cancer ni.

Pastikan makanan kita tengahari ni sihat dan tidak keterlaluan. Makan utk hidup, bukan hidup utk makan. Gunakan duit lebihan drpd tidak mbeli makanan scr blebihan itu utk menyimpan di PruBSN Takaful, just in case, sebab kos2 rawatan yg tertulis dlm photo fact ni sangatlah besar..

Nak simpan? Lemme know. Saya boleh bantu.

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832
www.linchemat.com


Sent from my Samsung device

Tuesday, August 4, 2015

Derma.. derma.. derma!!

Assalamualaikum wbt,

Ramainya orang sedang mengulas tentang isu derma. Jadi, saya buat entry ni utk keep up dengan trend la ye. Hehe. Untuk cakap pasal derma.

Tahukah anda, dalam takaful pun ada elemen derma? Konsep derma atau donation dlm takaful digunakan apabila peserta takaful bersetuju utk bkerjasama membantu antara satu sama lain dan bersama2 memberi jaminan.

Jadi, apa yg kita dapat sbg peserta takaful? Kita mendapatkan perlindungan takaful utk diri sendiri DAN membuat kebajikan pd masa yang sama. Menderma tanpa kita sendiri menyedarinya!

Sesungguhnya tangan yg mberi lebih baik drpd tangan yg menerima.. jom menderma melalui takaful! Bak kata omputih, kill two birds with one stone gituuu..

Pakar takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832
www.linchemat.com

Thursday, July 30, 2015

10 tahun


10 tahun..

Sebelah kanan adalah kad matrik UiTM merangkap kad atm Bank Islam pada Jun 2015 masa amek Bsc. (Hons) Actuarial Science.

10 tahun kemudian, datang melawat client di UiTM, dah kena pakai pas pelawat. Dua zaman yang berbeza, dua tujuan yang berbeza.

How time flies. Nak cari pakar takaful berpengalaman? 5 tahun belajar tentang kira2 utk tentukan premium insurans, jenis2 insurans, dan segala mak nenek dalam insurans. Pengalaman jadi agent insurans pun dah 5 tahun. Tambah tahun belajar teori dan buat praktikal, boleh jadi agent bpengalaman 10 tahun dlm bidang insurans dah rupanya kan?

Call no other than Lin Che Mat.
0136448832
www.linchemat.com

Sent from my Samsung device

Emergency!!


Nak call siapa ketika ada kecemasan? Hp locked pulak tu?

Infografik (sumber drpd FB Faris Foxz) yg sgt berguna utk setkan emergency contact number pada telefon anda. Jom buat ramai2! Utk pgguna telefon2 lain, sila semak ruangan komen gambar utk cara2nya.

Emergency atau kecemasan adalah satu situasi di mana sesuatu kejadian itu berlaku secara tiba2 tanpa diduga. Jangan tunggu sakit baru nak apply takaful, sbb sakit ni kebanyakannya adalah kes EMERGENCY.

Pakat takaful berpengalaman,
Lin Che Mat
0136448832
www.linchemat.com

Sent from my Samsung device

Thursday, July 16, 2015

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum wbt,

Berlalu sudah bulan Ramadhan tahun ini. Semoga segala amalan yg kita usahakan diterima di sisiNya, dan kita dpt beristiqamah dlm mjalankannya di bulan2 seterusnya.

Tibanya Syawal pula adalah sebagai satu tanda kemenangan, jadi jgn lupa utk bsyukur kepadaNya atas segala nikmat yang telah diberikan.

Dengan itu, saya dan keluarga menyusun jari memohon kemaafan atas kekhilafan diri. Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

Ambillah kesempatan bsama kluarga utk bkongsi tentang kebaikan takaful, krn mungkin mereka tidak tahu bagaimana takaful boleh mbantu mereka. Dan apa salahnya kita bkongsi pkara yg baik utk kluarga kita, kan? Sharing is caring!

Pesnan tulus ikhlas dari,
Lin Che Mat
www.linchemat.com
Your friendly PruBSN Takaful Wealth Planner

Sent from my Samsung device

Friday, July 10, 2015

Apa yang saya suka tentang melancong? (bukan melencong)

Daripada kecil, saya memang suka berjalan-jalan atau melancong. Saya suka memerhatikan tingkah laku manusia dan saya suka melihat kehidupan orang lain yang bagi saya, adalah satu perkara yang sangat unik.

Antara apa yang saya suka buat ialah, semasa bapa saya memandu pulang ke kampung nenek di Besut, saya akan memerhatikan rumah2 di tepi jalan, di sekitar perjalanan. Saya paling seronok kalau ternampak ada beberapa orang di luar rumah sedang berborak, atau sedang makan. Saya selalu membayangkan apa yang mereka bualkan, bagaimana kehidupan mereka dan bagaimana agaknya sosio ekonomi mereka (perkataan sosio ekonomi ni bahasa baru belajar pada umur 30an ni, dulu2 saya bayangkan bapa kerja nelayan, ibu suri rumah, kemudian anak2 balik rumah mkn ikan yg dibawa balik bapa mereka, dsb). Kalau malam pula, bila nampak ke dalam rumah (rumah kampung kan biasanya buka pintu atau tingkap besar2 walaupun malam), saya bayangkan apa topik perbualan mereka, apa channel tv yang mereka tgk, apa lauk makan mlm mereka, dsb.

Semasa di bangku universiti pula, saya selalu berangan2 ingin pergi melancong ke luar negara, dan negara yang paling saya ingin kunjungi ialah Amerika Syarikat (nanti sy kongsikan dalam post yang lain kenapa saya naaaaak sangat ke sana). Apabila sudah mula bekerja, dengan gaji permulaan RM2,310 (selepas adjustment daripada RM2,200 kerana saya diterapkan masuk bekerja selepas selesai internship di tempat yang sama), saya sering terfikir alangkah seronoknya kalau dapat pergi jalan2 dan tengok kehidupan orang lain di luar negara seperti yang saya impikan semasa belajar. Tetapi, selalu ada suara halus bertanya kembali, "macam mana aku nak mampu pergi jalan-jalan ke luar negara kalau gaji aku sekadar cukup2 macam ni dan nak apply cuti pun kena berkira2 (timing, minta approval bos)?". 

Dan sebenarnya, ini juga adalah antara sebab saya meninggalkan dunia pekerjaan saya dan membuat keputusan untuk menjadi agent takaful secara full time. Saya sukakan kebebasan, dan saya berasakan saya tidak mendapat kebebasan itu semasa saya bekerja terutamanya financial and time freedom. 

Dipendekkan cerita, bagi saya, melancong memberikan saya peluang untuk melihat keunikan kehidupan orang lain. Betapa uniknya Allah menciptakan alam ini dengan pelbagai ragam dan karenah manusia, dan betapa berkuasa Dia yang Maha Menciptakan. Tidak pernah saya jumpa orang A yang sebijik macam orang B. Bayangkan berapa juta billion manusia di dunia ini, dan kita semua berbeza-beza! Contohnya apabila melihat orang di Amerika merokok, saya mengandaikan pada asalnya mereka merokok untuk mengurangkan kesejukan kerana cuaca di sana sejuk meskipun saya mengunjunginya pada bulan May, kerana ketika berada di sana saya juga berasakan saya perlukan sesuatu utk menghangatkan diri selepas beberapa lama berada di luar (time tu baru menghargai kepanasan matahari yang menghangatkan, hehe). Tapi orang kat negara yang sedia bercuaca panas ni merokok kenapa ya? Ok tak mau jawab, sebab sampai skrg saya tak faham, hehe.

Nampak mcm panas kan? Tapi sejukkk sbb tu tangan sebelah simpan dalam poket hehe

Saya juga suka melihat keindahan alam semulajadi, yang berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Contohnya semasa berkunjung ke Australia pada awal April tahun ini, saya lihat langit di sana sangat biru, biru sama seperti langit dalam kartun animasi Toy Story! Jadi apabila melihat keadaan tu, bmula misi bertanya kenapa berlaku keadaan sedemikian, pengkajian tentang cahaya, dan penyesalan kerana dulu2 belajar Geografi tapi sekarang dah lupa, hehe..

Gambar diambil dengan hp S4 je, xde edit2


Kemudian, saya suka mengkaji sistem dan belajar daripadanya. Contohnya di Australia juga mereka mempunyai kawasan pantai di mana penguin akan mendarat, yang kita boleh pergi tengok ramai2, macam dulu2 kita boleh pegi tengok penyu bertelur di Rantau Abang. Tetapi mereka sangat menjaga keadaan semulajadi haiwan ini kerana mereka tidak membenarkan kita mengambil gambar dgn flash, dan kita cuma boleh duduk di bangku yg disediakan diam2 sahaja. Jika kita membuat bising, mereka berhak untuk menghalau kita. Meskipun dikenakan bayaran, ramai yang sanggup membayar kerana ianya sangat eksklusif. Berbeza dgn cara kita "melayan" penyu2 yang datang utk bertelur di pantai kita, saya tengok siap ada yang pergi suluh muka mak penyu time tgh bertelur! Ibaratnya, klu kita tengah bersalin, datang entah siapa2 je msuk dlm labor room dan suluh muka kita, tak ke hangin kita? (Tolong emo bagi pihak mak penyu). Tak hairan kan kenapa bilangan penyu yang datang mendarat untuk bertelur sudah berkurangan di Malaysia, kan?

So begitulah adanya kenapa saya suka melancong, bukan sekadar ingin berehat2 tetapi ada misi untuk belajar sesuatu agar dapat menambah baik diri dan masyarakat jika berpeluang. Tetapi yang paling penting, sebelum kita pergi berjalan-jalan atau melancong, niatkan hati kita ingin mencari redha Allah dalam melihat kebesaranNya. Semoga apabila kita pulang nanti, kita menjadi hambaNya yang lebih beriman. Barulah syok gi melancong, klu tak, bila balik melancong, kita akan rasa bosannya nak gi keje, malasnya nak balik di alam realiti. Sebab kita terlupa nak belajar sesuatu daripadanya.

Oh, nanti bulan depan Prudential nak hantar gi jalan2 ke Phuket pula. Asyik gi overseas je, sekarang kita jenguk pulak negara jiran. Dah Prudential nak bagi FREE, alhamdulillah saya terima hadiahnya.. hehe.. 

Ps: pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri tu pun betul juga. Mcm mana pun rasa best pergi tengok negara orang, tapi tetap rindu nak balik Malaysia.

Monday, July 6, 2015

Selamat datang Lin Che Mat DOT com

Assalamualaikum wbt,

Kepada pembaca yang menaip "linchemat.blogspot.com", yang mungkin mendapat alamat blogspot saya daripada fliers, kad, facebook, atau macam mana sekalipun, jangan panik kerana anda sedang berada di page yang betul walaupun alamat yang tertera di atas ialah www.linchemat.com.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga guna domain nama sendiri. Jutaan terima kasih kepada Wan Mus (boleh cari nama dia di facebook atau www.wanmus.com), yang juga dikenali sebagai Sifu Adwords, pakar Google Adwords, yang juga merupakan sepupu saya yang tolong set upkan nama domain ni untuk saya. Mula2 dulu masa beliau mula pindah ke KL, saya masih ingat akan kesukaran beliau nak explain kepada saya apa pekerjaannya semasa ingin mengisi borang takaful. Lagi2 pada ketika itu tidak ramai yang menjalankan perniagaan secara online. Alhamdulillah, sekarang beliau dah terkenal sebagai pakar yang boleh buat bisnes anda huru-hara!! Huru-hara kerana tak cukup tangan nak handle order!! Hehe.. (beliau juga merupakan sepupu saya yang pertama menjadi client saya, so saya sebenarnya sgt terhutang budi kepada beliau kerana mpercayai saya sebagai ejen takaful sepanjang hayat beliau sekeluarga).



Terima kasih juga kepada mentor saya, yang menasihatkan saya untuk mendapatkan domain saya sendiri ini. Ada juga pihak yang menawarkan kepada saya untuk menulis blog untuk saya dengan sekian sekian bayaran, tetapi tidak dipersetujui oleh mentor saya. Katanya, "blog ini adalah artwork  atau hasil kerja tangan kita. Tak akan sama orang lain tulis dan kita sendiri yang tulis," dan saya bersetuju dengan beliau. Setiap kali menulis entry blog, saya pasti akan menulis dengan penuh perasaan, dan kadang kala bila ada idea nak menulis ketika sedang melakukan kerja lain, saya tiba2 akan jadi terlebih excited dan tersenyum sorang2 :)



Apa pun, semoga linchemat.com akan menjadi wadah yang baik untuk saya berkomunikasi dengan lebih ramai pembaca, dengan lebih ramai orang di luar sana yang mendambakan penjelasan yang jelas, telus dan lengkap tentang takaful. Juga sebagai sebahagian saham akhirat saya memberikan kesedaran tentang kepentingan takaful kepada orang yang mungkin tidak pernah dapat berjumpa dengan saya sekalipun.

Lin Che Mat DOT com, selamat datang ke World Wide Web!

Lin Che Mat
013-6448832
www.linchemat.com
noorhazlin@prupartner.com.my


Thursday, July 2, 2015

Dengar kata, kilang nak tutup...



Dua hari sebelum umat Islam berpuasa, saya dan beberapa orang rakan menuju ke sebuah medan selera di Shah Alam untuk menjalankankan aktiviti "direct approach" (approach orang dari meja ke meja sambil mengedarkan fliers). Sampai di sebuah meja, saya menegur seorang lelaki, berumur dalam 40an, yang baru ingin mula makan.

Ini gambar kawan saya :)



"Assalamualaikum Encik, maaf ganggu. Saya cuma nak bagi fliers saya, dari Prudential BSN Takaful,  kalau2 encik nak dengar2 tentang pelan Prudential BSN Takaful, boleh hubungi saya (sambil menghulurkan business card". 

"Boleh cerita sikit kat saya?", ujarnya kepada saya. Wah, bukan senang nak dapat presentation on the spot ni, bisik hati kecil saya. Menjadi kebiasaan, saya akan memulakan presentation saya dengan proses fact finding. Diringkaskan cerita,

" Encik kerja di mana? "
" Kat kilang XYZ belakang ni. "
" Encik kerja sebagai apa? "
" Kerja operator je.. "
" Encik ada company coverage? "
" Ada. Kalau sakit, cover RMXXXX. Kalau mati, dapat juga pampasan RMXXXK."

Kemudian, saya meneruskan presentation saya. Selesai presentation, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata, "Nanti kalau saya rasa boleh bayar, saya telefon."

Selang beberapa hari selepas itu, saya menelefonnya sebagai follow up untuk presentation saya tempoh hari.

" Encik, encik dah fikir2 pasal pelan yang kita bincang hari tu? "
" Hum... saya ni mana nak cari duit.. Dengar kata, kilang nak tutup hujung bulan ni.. Mana nak cari duit nak bayar..."

Dan semalam, saya ternampak post di facebook mengatakan sebuah kilang di Shah Alam ditutup. Terkejut saya, kerana saya ingat beliau cuma main-main! (Tau2 je la kan, ramai orang suka bagi alasan pelik2 bila tak nak amek insurans- suami saya nk study dulu, kakak saya kata tak perlu, dll). Sekelip mata, semua coverage yang diberikan oleh syarikatnya bekerja sebelum itu, LESAP! LENYAP! TAK ADA! HILANG! YILLEK! 





Inilah kesannya jika kita terlalu berbangga dengan coverage yang diberikan oleh company kita bekerja. Selagi company itu bukan company kita atau company mak ayah kita, jangan sekali-kali terlalu mengharap kepada company coverage semata-mata, kerana mereka ada hak untuk memberhentikan kita BILA-BILA MASA tidak kira sudah berapa puluh tahun kita bekerja di situ. At the end of the day, mana-mana company pun, akan mementingkan business mereka dan business is about making PROFIT!

Lihat sahaja staff kilang di atas, 6,000 staff MAS yg tanpa rela diberhentikan, dan terbaru pagi tadi, staff CIMB, yang perlu meninggalkan kerja yang sudah menjadi darah daging mereka. Dan bukan semua orang boleh mencari kerja lain dengan serta-merta dan sepanjang tempoh itu, persoalannya:

1. Mahukah kita masuk ke hospital kerajaan yang kita mungkin tak pernah jejak walau sekalipun kerana sudah terbiasa dengan single room, premier suite di hospital swasta? Sanggup ke tunggu que?
2. Apa akan ditinggalkan kepada keluarga jika berlaku kematian?
3. Jika sakit dan ingin ke hospital pakar swasta, nak pakai duit mana? Duit simpanan yang sepatutnya digunakan sementara dapat mencari kerja baru?



Hidup adalah tentang membuat pilihan. Kita pilih apa yang terbaik utk kita. Pilih:

1. Nak bergantung 100% kepada company yang berhak menarik balik apa sahaja yang diberikan kepada kita, atau 
2. Kita pilih untuk membayar sendiri pelan perlindungan takaful personal yang tidak boleh ditarik balik oleh sesiapapun atas sebab legal apa pun, yang cuma akan terbatal apabila kita sendiri yang membatalkannya atau berhenti membayar carumannya.

Pilihan No.2 tu saya boleh tolong. Hanya pelan yang terbaik, yang membantu kita di saat kita sangat memerlukannya, iaitu pelan dari Prudential BSN Takaful. Hubungi saya di 013-6448832 atau noorhazlin@prupartner.com.my.

Ps: Juga untuk sesiapa yang dah kena paksa berhenti daripada company2 di atas yang nak mencari peluang perniagaan melalui takaful, boleh juga hubungi saya :)










Wednesday, July 1, 2015

Kisah viral: PRUBSN TAKAFUL PENIPU KE TAK NI?



Al kisah Zain husben Che Ta baru ambil polisi PruBSN Takaful lebih kurang dlm 8 bulan, bayar premium pun belum smpai RM4K, tapi dah boleh buat pembedahan lutut RM35K.

Tapi tak ramai la org2 di luar sana nk viralkan bnda baik ni sbb kdg2 kita lebih suka bsikap pentingkan diri..

Mcm mana nak tau kita pentingkan diri sendiri? Kita baca post ni dan ckp "FUH.. SELAMAT AKU DAH AMEK NGN PRUBSN TAKAFUL YG TERNYATA BUKAN PENIPU..", DAN TERUS MEMBACA STATUS2 ORG LAIN DI BAWAH STATUS SAYA INI. 

Mcm mana nak tahu kita BUKAN org pentingkan diri sendiri? Kita baca ni, SHARE kt wall kita sekali dgn NASIHAT kpd kwn2 agar amek takaful dgn PruBSN Takaful sbb tnyata PruBSN Takaful bukan penipu.. ATAU at least tnya kat org sebelah kiri dan kanan kita "KO DH ADA TAKAFUL NGN PRUBSN TAKAFUL  BLOM? BAIK KO AMBIK!"

Sbb bila kita tak share ngn org lain, kita x dpt duit pun.. Tapi bila kita share, kita rasa kita bukan duit pun sbb yg dapat pun CUMA pahala.. See how selfish we are 😐




Sent from my Samsung device

Saturday, June 27, 2015

Saya cuma bantu orang ramai..


Assalamualaikum,

Semalam ketika saya menguruskan anak saya yg sedang demam, salah seorang client saya sejak 2012 mghantar pesanan ringkas mberitahu anaknya mngalami skin infection dan mungkin dimsukkan ke hospital. Masya Allah, kalau anak saya yg demam pun saya sudah panik, apa lagi dlm situasi client saya ini?

Alhamdulillah initial GL pun dah approved, dan client saya sedang mndptkn  rawatan drpd doktor pakar di Hospital Pusrawi utk anaknya. Alhamdulillah dpt mbantu lagi satu keluarga yg ada di luar sana.


Client sy ini, saya kenali ketika mbuka booth promosi di Alpha Angle pd thun 2010. Itupun saya mnegurnya semasa suaminya sedang mbyar parking, bukan dia datang dan duduk di meja dan ckp saya nk ambik takaful (ramai org ingat mcm ni cara dpt client di booth). 

Rupanya beliau adalah seorang Fund Manager di salah sebuah syarikat takaful di Msia (bukan Prudential BSN). Cuak juga bila tahu sbb dah mula fikir beliau cuma nk menduga pengetahuan saya tentang investment yg saya sebut dlm produk Takafulink. Tetapi ternyata tidak kerana beliay mmg btul2 jujur nak tahu tentang bagaimana saya boleh membantu mberikan penyelesaian terbaik dgn produk Prudential BSN Takaful thadap permasalahannya utk mmiliki takaful yg komprehensif.

Namun ia tidak semudah itu. Beliau tidak sign up dgn saya serta merta sebaliknya bkata beliau msih lg belum habis bfikir. Sehinggalah pada tahun 2012, beliau mghubungi sy kembali utk btanya tentang pelan terbaik utk keluarganya.

Rupa2nya beliau telah berhenti bkerja dan akan menyambung pengajian secara sepenuh masa di UIAM. Meskipun suaminya bkerja di salah sebuah bank di Msia dan mempunyai kemudahan kad perubatan, katanya itu tidak ckup. Alhamdulillah, bmula dari beliau, diikuti anak2nya, suaminya dan anak yang baru lahir, beliau sekeluarga adalah client saya :)

Apa yg cuba saya ceritakan di sini ialah, setakat ini, hanya suaminya sahaja yg belum pernah dimasukkan ke hospital sejak menjadi client saya. Client saya ini juga telah mbwt pembedahan dgn kemudahan kad medikal Prudential BSN Takaful. Saya pasti beliau sndiri x pernah tfikir akan mggunakan kad medikal tsebut utk hampir kseluruhan kluarganya. Tetapi, itulah keindahan perancangan Allah utk hambaNya.

Kita merancang, Allah yang menentukan krn Allah shj sebaik-baik perancang. Tetapi jika kita gagal merancang, jangan salahkan takdir. Rasulullah saw sudah menyuruh kita berusaha dahulu, baru bertawakkal. Jadi, apa alasan kita bertawakkal tak akan sakit tanpa mbuat usaha menjaga pemakanan, dan mengambil kad perubatan terbaik drpd Prudential BSN Takaful? 

Lin Che Mat
0136448832
linchemat.blogspot.com
noorhazlin@prupartner.com.my


Sent from my Samsung device

Friday, June 26, 2015

Pengembaraan RB diteruskan..

RUMAH 4
  Sebelum memasuki rumah ini, Makcik Bibah menceritakan serba sedikit tentang latar belakang penerima. “Ini rumah ibu tunggal, baru kematian suami dalam 20 hari dan anaknya ada 14 orang!”. Terkejut saya mendengarnya, tak boleh saya bayangkan bagaimana perasannya memikirkan untuk membesarkan anak2 bersendirian. Kami bergerak ke kawasan belakang rumah (rumah pusaka dibahagi dua) disambut seorang wanita btudung hitam dan di hati saya tertanya2 berapa umur kakak ni kerana nampaknya seperti masih muda. Rupanya umurnya sudah 39 tahun tetapi mungkin kerana selama ini dia cuma duduk di rumah, dia nampak lebih muda drpd usia sebenarnya. 
  Bertanya serba sedikit, kakak ini bercerita pada awalnya suaminya cuma batuk tetapi dalam masa sekejap sahaja kuman telah merebak ke jantung dan otak. Dalam masa 8 hari arwah suaminya koma dan seterusnya meninggal dunia. “Dia cuma batuk!”, ujarnya. Siapa sangka batuk itu penyebab arwah suaminya pergi utk selama-lamanya. 
  Setelah menyerahkan RB dan wang sumbangan, kami meminta diri utk beredar. Sambil2 itu saya berbual2 dengannya, dan saya mendapati tiba2 wajahnya yang dari tadi mengukir senyuman, tiba2 berubah. Matanya merah, bibirnya terketar2 menahan sedih. “Akak OK tak kak?”, tanya saya. Keningnya berkerut. Masakan dia OK, dia pasti tidak OK!



  Rasa bersalah menyelubungi diri. Saya memeluk dia erat2, dan terlerailah tangisannya yang mungkin ditahan daripada tadi. "Nak buat mcm mana ni...", rintihnya. Allahuakbar, saya boleh bayangkan betapa “lost” perasaan dia, tidak pernah bekerja dan kini tiba2 perlu berfikir bagaimana ingin menyara 14 orang anak. Sekali lagi rasa bersalah menyelubungi diri kerana tak mungkin sumbangan kecil kami dapat membantunya membina kehidupannya. Hanya pesanan dari saya, “Bersabar kak, akak mesti kuatkan semangat demi anak2 dan biarlah susah kita itu cuma di dunia kerana Jannah destinasi akhir kita”. Kami bertiga selaku wakil wanita hanya mampu, memegangnya, mengusapnya, dan menitiskan air mata kerana kami tahu kami tak mungkin boleh jadi sekuat wanita ini!



RUMAH 5
  Dari luar, nampak agak besar juga rumah kayu ini. Rupa2nya ia adalah rumah pusaka yang dibahagi 3, diduduki oleh 3 keluarga berbeza. Bergerak ke bahagian paling belakang rumah ini (dan rasanya ruang yang paling kecil drpd bahagian2 lain), seorang pakcik tua menjemput kami masuk. Wajahnya berkedut seribu, langkahnya perlahan tetapi masih kuat. Memasuki ruang rumah, ternampak di hujung mata kami, seorang lelaki yang kurus, badannya lemah, sedang berbaring di atas sebuah katil. Terdapat lubang tebukan di lehernya, dan plastik berisi air kencing di sisi katilnya. 


  Rupa2nya, pakcik yang berusia 70an ini menjaga anak bujangnya yang berumur 43 tahun yang telah terlantar selama beberapa tahun akibat kemalangan jalan raya. Motornya dilanggar oleh kereta dan sejak itu, anaknya telah menjalani beberapa pembedahan, koma, sedar kembali, tetapi sudah tidak boleh bergerak. Berkaca mata si ayah bercerita tentang anaknya dan terpancar kasihnya seorang ayah pada anaknya yang tak mungkin berbelah bahagi. 


  Pakcik ini bercerita, setiap 3 jam anaknya perlu diberikan susu khas, dan ini termasuk di waktu malam. Jadi, apa pakcik tua ini lakukan ialah mengunci jam utk setiap 3 jam, dan inilah rutinnya sejak anaknya kemalangan sehingga sekarang. Allahuakbar, dengan kudrat yang sedikit, dia yang melakukan semuanya untuk anaknya! Mengalir air matanya bercerita, mungkin kerana memikirkan kudratnya yang semakin tiada dan anaknya yang tidak ada siapa untuk dijaga sebaik dirinya. Hanya Allah sahaja yang mengerti isi hatinya..
  Rasa kasihan melihat pakcik ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Sampai bila dia akan mampu menjaga anaknya ini. Ibu bapa mana yang menyangka anak yang sepatutnya menjaganya ketika di usia tua, tetapi berlaku sebaliknya. Sampai bila kudrat tuanya akan mampu menampung kehidupan anaknya yang terlantar ini. Pelbagai persoalan bermain di fikiran, yang jawapannya tidak mungkin saya temui. Hanya doa sahaja yang mampu saya berikan, kerana pasti Allah sudah punya perancanganNya yang tidak diketahui oleh hambaNya..

RUMAH 6

  Kehadiran kami ke rumah ini disambut oleh seorang nenek tua yang sedang duduk di luar rumahnya, mungkin juga sudah menjangka kehadiran kami. Nenek ini menjaga 6 orang cucunya (berumur 16 tahun- 7 tahun) yang merupakan anak yatim akibat kehilangan ayah (anak nenek ini) akibat sakit buah pinggang. Ibu anak2 ini tinggal di rumah ibu bapanya di kampung yang sama dan akan datang menjenguk anak2 ini di waktu petang. 
  Di tanya tentang umurnya, terukir senyumannya mengakui dia sudah berumur 78 tahun. Bercerita tentang anaknya yang meninggal dunia, katanya, semasa sakit, anaknya yang sulung (ada bersama ketika kami mengunjunginya) yang menjaga adiknya itu. Anak sulungnya juga yang akan datang memasak untuk anak2 saudaranya setiap hari. Alhamdulillah, dalam kepayahannya, Allah memberikan anak yang solehah untuknya. Kalau kita, agak2 boleh tak jadi macam anak sulungnya itu?
  Di sebalik wajah ceria nenek ini, apabila saya menyerahkan wang sumbangan dan RB, tiba2 dia mencapai sapu tangan yang disimpan di dalam bajunya, mengusap air matanya yang mengalir laju. 


  Sungguh, saya tak menyangka nenek ini akan menangis! Hati seperti dirobek2 melihat air matanya, yang saya pasti menyimpan seribu satu cerita yang mungkin sukar utknya luahkan kepada kami yang baru pertama kali mengunjunginya. 
Berat hati ingin pergi meninggalkan nenek ini dan cucu2nya. Bagaimana dia mengharungi hari2 mendatang tanpa pendapatan tetap, memikul tanggungjawab besar utk mendidik cucu-cucunya, membawa dirinya yang semakin tua, semua persoalan ini berlegar2 tanpa ada jawapan..

RUMAH 7

  Destinasi RB terakhir. Kami memandu ke stesen komuter shah alam, mengekori di belakang kereta sahabat saya yang menyimpan nmbor telefon penerima RB ke-7 ini. Kami mengambil seorang wanita bertudung dan berjubah hitam di tepi stesen tersebut dan memandu ke kawasan flat di Kota Kemuning. Sesampai di rumahnya yang tersusun bersih, kami diberitahu dia berada di stesen komuter tadi sedang menjual kuih dan menggunakan motorsikal kawannya yang dipinjam. Suaminya meninggal dunia semasa menunggang motorsikal bersama adik iparnya, jadi sekarang kakak ini dan adiknya bersama anak2 mereka tinggal bersama di rumah kecil itu. Sudah biasa katanya anak2 ditinggal bersendirian di rumah kerana mereka terpaksa mencari pendapatan dengan menjual kuih secara kecil2an, menaiki komuter ke sana sini demi menghantar sendiri kuih yang dipesan. Yang mengagumkan saya, kakak ini nampak sangat tabah dan tidak berhenti mengukir senyumannya. Jelas terlihat ketabahannya di sebalik kesusahannya, masya Allah..


     Alhamdulillah, selesai menyampaikan 7 Ramadhan Box kepada keluarga2 yang memerlukan. Sedih juga kerana hanya ini yang mampu kami bantu.. Sekiranya anda mengenal sesiapa yang boleh menolong mereka dengan bantuan tetap, boleh hubungi saya untuk mendapatkan alamat2 mereka. Semoga Allah merahmati usaha anda semua, jazakumullahukhaira. Kepada penerima2 RB, semoga Allah mengurniakan segala kebaikan kepada anda kerana bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tidak mungkin kalian tidak mampu menghadapinya kerana Allah itu Maha Adil, Dia cuma akan memberikan dugaan setara dengan kemampuan hambaNya.

     Kepada semua pihak yang terlibat dengan RB secara langsung atau tidak langsung- antaranya Syed Azmi (kerana berkongsi idea tentang RB), komitee MCC (Imran, Azita, Yana, Nurul, Esyatees, Asiah, Bazli, Khafiz, Lokman, Siti, Wani dan Kamal), pembeli-pembeli (penderma-penderma) kupon RB, semua ejen di bawah Muqmeen Group Klang, Ustaz Hizam, kakak yang jual kotak di Nationwide, - JAZAKUMULLAHUKHAIRA! Semoga kita semua berjumpa di Jannah, insya Allah







Wednesday, June 24, 2015

Siapa yang saya jumpa semasa pembahagian Ramadhan Box?

Hari Pembahagian Ramadhan Box

Pada pagi 20 Jun, pkul 4 pagi, anak saya merengek2 mengajak saya untuk tidur di tingkat bawah. Melayan karenahnya di tingkat bawah, akhirnya pada jam 5 pagi, anak saya tidur. Terus saya bergegas memanaskan lauk pauk untuk bersahur (terima kasih kpd ibu mertua yang membungkuskan rendang ayam untuk sahur), disambung pula dengan menyediakan sarapan dan makanan tengahari untuk anak yang akan ditinggalkan bersama abahnya kerana masih belum dapat dipastikan waktu saya akan pulang ke rumah. Lagipun di bulan puasa, tidak manis pula jika abahnya perlu ke kedai membeli makanan untuk anak, takut2 silap2 boleh disalah erti.



Saya bertugas menjaga Team 4, dan bertepatan dengan namanya, hanya 4 orang daripada ahli kumpulan saya yang datang (yang lain2 ada anak tidak sihat, dll). 






Mengikut senarai, saya perlu menyerahkan RB kepada keluarga2 yang tinggal di Kg. Raja Uda, Klang. Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Makcik Bibah dan suaminya, yang merupakan orang yang disarankan oleh client sahabat saya untuk mencari keluarga2 yang memerlukan RB di situ. Sedikit cerita tentang Makcik Bibah, beliau sendiri bukanlah seorang yg sihat kerana beliau menghidap sakit berkaitan darah tetapi katanya, “Acik buat ni percuma saja, acik cari rumah2 orang2 yang susah sekitar kampung dan panjangkan kepada pihak berkenaan. Acik ni tak ada apa2, kalau acik tak buat mcm ni, apa yang acik nak tunjukkan pada Allah nanti?”. 



RUMAH 1
Rumah pertama ini didiami oleh seorang isteri yang baru kematian suami. Tinggal bersama ibu bapanya yang sudah tua, yang pada hemat saya, sudah tidak kuat untuk bkerja. Memasuki rumah tersebut, pandangan saya terpaku pada seorang kanak-kanak perempuan yang berbulu mata lentik sedang berdiri di tepi sofa memerhati setiap kami yang memasuki rumah neneknya. Rupanya, ibunya baru sahaja beredar ke Pejabat Kebajikan, menguruskan urusan untuk mendapatkan bantuan. 




Saya mengangkat dan mendukung anak kecil itu. Cerita neneknya, arwah ayah dan ibu si anak kecil ini telah berkahwin selama 11 tahun sebelum dikurniakan zuriat. Namun, baru anak kecil ini berumur 8 bulan, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, mengalir air mata saya mendengar cerita ini. Tak boleh saya bayangkan perasaan ibunya, baru sahaja mendapat kegembiraan menimang cahaya mata tetapi dalam sekelip mata terpaksa mengharungi kehidupan mendatang bersama anak kecil tanpa suami. Kami menyerahkan RB dan menyampaikan salam kepada ibunya melalui neneknya. Doa di dalam hati, agar anak kecil ini menjadi seorang anak solehah yang boleh membantu ibunya dan menjadi saham terbaik arwah ayah dan ibunya.

RUMAH 2

Bau wangi makanan yang sedang dimasak menyapa kehadiran kami. Terlihat seorang nenek sedang duduk di atas pangkin menggoreng tempe dan di depannya ada dua periuk besar. Katanya ada ambil tempahan memasak bubur lambuk hari itu. Wajahnya yang ceria, tidak menyangka beliau yang sudah berumur 67 tahun itu menjaga 3 cucunya yang yatim dan seorang anak perempuan OKU. Anak perempuannya yang merupakan ibu kepada cucu2nya itu sudah meninggal dunia (tetapi kami tidak bertanya tentang suaminya, kerana mengikut Makcik Bibah, menantunya meninggalkan anak2 itu). Kali ini, mnjadi tugas saya menyampaikan bantuan kepada nenek ini dan semasa menyerahkan sumbangan, terlihat di matanya berkaca. Pun begitu, masih sempat mendoakan kami agar murah rezeki, subhanallah. 



Di dalam kereta, semasa menuju ke rumah seterusnya, saya diberitahu oleh sahabat saya betapa nenek ini seorang yg berjiwa besar. Ingat tempe yang sedang digorengnya ketika kami sampai? Tempe itu bukan untuk orang yang mengambil tempahan, tetapi ingin disedekahkan kepada rumah anak yatim! Subhanallah, dalam kepayahannya, dia tetap ingin bersedekah!


RUMAH 3
Rumah ini cuma dibelakang rumah nenek tadi. Anak perempuannya yang juga ibu tunggal mempunyai 4 orang anak telah kematian suami kira2 6 bulan lepas. Disapa oleh anak kecil yang bermulut comot (haaaa tak puasa!), si ibu menyambut mesra kedatangan kami. Diperkenalkan kepada anaknya satu demi satu -3 perempuan dan seorang lelaki. Sempat Makcik Bibah bertanya, “kamu dah mohon zakat ke belum?” tetapi jawapannya “dah mohon, tapi masih dlm proses katanya..”. Mohon pihak zakat cepatkan bantuan ya :D





Apapun, selepas meyerahkan RB dan wang sumbangan, kami meminta diri untuk pulang. Semasa saya bersalaman dengannya, matanya kelihatan merah, berair dan riak wajahnya berubah. Saya memeluk erat wanita cekal ini, Allahuakbar, berjuraian air matanya mengalir. Sebak hati saya ingin meninggalkannya kerana tak mungkin dengan pemberian yang tak seberapa ini dapat membantunya dalam jangka masa yang panjang. Mungkin ada sesuatu di hatinya yang terbuku, tetapi terpaksa disimpan demi anak2. Sempat saya bisikkan, “Akak mesti kuat kak, biar penat sekejap di sini kerana dunia cuma sementara. Susahnya di sini tetapi Jannah nanti bakal menjadi tempat istirehat kita”..

Ada keseluruhan 7 buah rumah yang saya kunjungi.. Tapi sekarang nak ke Jalan Pudu dulu untuk appointment, nanti saya sambung ya.. Sesiapa yang berdekatan, boleh PM saya di 0136448832 kalau-kalau nak dengar tentang Prudential BSN Takaful atau emel noorhazlin@prupartner.com.my.

Cita-cita saya masa kecik nak tolong makcik berbaju hitam..

Kecil2 dulu, saya selalu bercita-cita ingin menjadi wakil rakyat. Walaupun tidak mengetahui sepenuhnya tugas seorang wakil rakyat, saya selalu berasa kasihan melihat orang2 yang dtg ke rumah menemui bapa saya. Bapa saya bukanlah seorang wakil rakyat, tetapi mungkin pada ketika kami mula2 pindah ke kampung pada waktu itu, beliau adalah seorang pengarah di sebuah yayasan negeri. Jadi, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada orang yg menekan loceng rumah kami dan meminta untuk berjumpa dengannya. Dan saya selalunya menjadi penyambut mereka kerana saya masih kecil, tak perlu bertudung untuk membuka pintu rumah (kurang masa perlu bersiap cari tudung, cari baju lengan panjang). Saya sering mencuri dengar perbualan mereka bersama ayah saya. Biasanya yang datang itu adalah orang yg berlainan, di atas pelbagai sebab, tetapi tujuannya satu: meminta bantuan kewangan. Minta bantuan anak nak masuk sekolah, anak dapat masuk universiti, mak sakit, rumah rosak, atap rumah bocor dan macam2 lagi.




Pernah satu hari, seorang wanita bpakaian serba hitam, menggendong anak kecil di tangannya dan memimpin tangan seorang lagi anaknya yang masih kecil juga di tengah terik matahari datang ketika ayah saya tiada. Saya perhatikan, ibu saya memanggilnya masuk dan memberi makanan kepadanya. Masih segar di ingatan, si ibu cuma menggigit kecil roti yang diberikan dan memberi selebihnya kepada anaknya. Dia meneguk air dari cawan seolah-olah sudah terlalu lama tidak minum. Hanya Allah yang tahu perasaan saya sebagai anak kecil, betapa saya sangat kasihan namun tak berdaya membuat apa-apa. Atas sebab itu, saya berazam untuk menjadi wakil rakyat kerana pada pandangan saya, seorang wakil rakyat pasti boleh menolong orang sebegini.

Namun, masa beredar, dan semasa di sekolah menengah saya bercita-cita ingin menjadi pakar motivasi (sampai masuk kelab pembimbing rakan sebaya!) tapi akhirnya saya memasuki universiti dengan cita-cita yang telah berubah sama sekali, iaitu untuk menjadi seorang aktuari (sebab saya sangat sukakan Matematik Tambahan dan mempunyai persepsi pakar motivasi nak cari makan macam mana.. hehe). 




Sungguh pun begitu, keiinginan untuk membantu orang ramai masih utuh kerana saya tidak mungkin boleh melupakan peristiwa si ibu bersama dua anak kecil yang saya lihat di waktu kecil dahulu. Dan atas dasar itu juga sebenarnya, saya tidak menjadi seorang aktuari dan memilih untuk menjadi ejen takaful sepenuh masa kerana saya percaya saya dengan memberi khidmat nasihat tentang takaful, saya boleh membantu mengelakkan wanita-wanita dan anak-anak kecil di luar sana mengalami nasib seperti ibu dan dua anak kecil itu.

Kira-kira pada bulan lepas, sedang saya melayari facebook, mencari-cari jika ada rumah anak yatim yang memerlukan bantuan (sedang berfikir tentang projek bulan puasa di ejensi kami), saya terpandang status yang dikongsi oleh rakan saya tentang Ramadhan Box. Hati terus terdetik, kalaulah Ramadhan Box ini boleh dibuat sendiri, alangkah baiknya! Ramadhan Box (RB) ini ideanya ialah untuk meletakkan bekalan mknn asas untuk sebulan di dalam sebuah kotak dan menghantarnya kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Tanpa berfikir dua kali, saya mengutarakan cadangan kepada komitee MCC (Muqmeen Community Club atau seperti kelab sukan&rekreasi di pejabat2), dan alhamdulillah, mereka semua komited untuk menjayakan RB. 




Bersemangatnya saya pada ketika itu hanya Allah sahaja yg tahu! Sampai saya cuma tidur 4 jam semata2 ingin menyiapkan video tentang RB utk dipertontonkan kepada kawan2 yang lain supaya mereka juga sama-sama bsemangat seperti kami (tapi akhirnya saya cuma membuat slide presentation kerana kesuntukan masa dan kekurangan gambar yang sesuai).



Alhamdulillah, kawan2 yang menyertai komitee MCC juga bersemangat seperti saya. Kami btungkus lumus memikirkan idea mngutip dana melalui penjualan kupon, kemudian mencari keluarga2 yang memerlukan di sekolah sekitar Klang, menghubungi semua clients kami mempromosi tentang RB, memilih dan membeli barangan RB. Dan kami semua menjalankannya atas dasar sukarela, sehingga ada kalanya terpaksa menunda appointments kerana komited menghadiri meeting MCC demi untuk menjayakan projek RB ini. “If you have great idea, get yourself a great team, it will make the idea become a reality”. Syukur, akhirnya segala penat kami berakhir pada 20 Jun 2015 yang lepas, di mana kami telah menjalankan “RB Distribution Day”. Pelbagai kisah dan latar belakang penerima, yang pastinya telah mengusik hati kecil kami dan membuat kami terfikir, betapa ramainya orang di luar sana yg kisahnya persis drama tetapi ianya adalah kisah benar..

Antara penerima RB. Nantikan kisahnya dalam posting seterusnya!

Total Pageviews

Ads Inside Post