Saturday, June 27, 2015

Saya cuma bantu orang ramai..


Assalamualaikum,

Semalam ketika saya menguruskan anak saya yg sedang demam, salah seorang client saya sejak 2012 mghantar pesanan ringkas mberitahu anaknya mngalami skin infection dan mungkin dimsukkan ke hospital. Masya Allah, kalau anak saya yg demam pun saya sudah panik, apa lagi dlm situasi client saya ini?

Alhamdulillah initial GL pun dah approved, dan client saya sedang mndptkn  rawatan drpd doktor pakar di Hospital Pusrawi utk anaknya. Alhamdulillah dpt mbantu lagi satu keluarga yg ada di luar sana.


Client sy ini, saya kenali ketika mbuka booth promosi di Alpha Angle pd thun 2010. Itupun saya mnegurnya semasa suaminya sedang mbyar parking, bukan dia datang dan duduk di meja dan ckp saya nk ambik takaful (ramai org ingat mcm ni cara dpt client di booth). 

Rupanya beliau adalah seorang Fund Manager di salah sebuah syarikat takaful di Msia (bukan Prudential BSN). Cuak juga bila tahu sbb dah mula fikir beliau cuma nk menduga pengetahuan saya tentang investment yg saya sebut dlm produk Takafulink. Tetapi ternyata tidak kerana beliay mmg btul2 jujur nak tahu tentang bagaimana saya boleh membantu mberikan penyelesaian terbaik dgn produk Prudential BSN Takaful thadap permasalahannya utk mmiliki takaful yg komprehensif.

Namun ia tidak semudah itu. Beliau tidak sign up dgn saya serta merta sebaliknya bkata beliau msih lg belum habis bfikir. Sehinggalah pada tahun 2012, beliau mghubungi sy kembali utk btanya tentang pelan terbaik utk keluarganya.

Rupa2nya beliau telah berhenti bkerja dan akan menyambung pengajian secara sepenuh masa di UIAM. Meskipun suaminya bkerja di salah sebuah bank di Msia dan mempunyai kemudahan kad perubatan, katanya itu tidak ckup. Alhamdulillah, bmula dari beliau, diikuti anak2nya, suaminya dan anak yang baru lahir, beliau sekeluarga adalah client saya :)

Apa yg cuba saya ceritakan di sini ialah, setakat ini, hanya suaminya sahaja yg belum pernah dimasukkan ke hospital sejak menjadi client saya. Client saya ini juga telah mbwt pembedahan dgn kemudahan kad medikal Prudential BSN Takaful. Saya pasti beliau sndiri x pernah tfikir akan mggunakan kad medikal tsebut utk hampir kseluruhan kluarganya. Tetapi, itulah keindahan perancangan Allah utk hambaNya.

Kita merancang, Allah yang menentukan krn Allah shj sebaik-baik perancang. Tetapi jika kita gagal merancang, jangan salahkan takdir. Rasulullah saw sudah menyuruh kita berusaha dahulu, baru bertawakkal. Jadi, apa alasan kita bertawakkal tak akan sakit tanpa mbuat usaha menjaga pemakanan, dan mengambil kad perubatan terbaik drpd Prudential BSN Takaful? 

Lin Che Mat
0136448832
linchemat.blogspot.com
noorhazlin@prupartner.com.my


Sent from my Samsung device

Friday, June 26, 2015

Pengembaraan RB diteruskan..

RUMAH 4
  Sebelum memasuki rumah ini, Makcik Bibah menceritakan serba sedikit tentang latar belakang penerima. “Ini rumah ibu tunggal, baru kematian suami dalam 20 hari dan anaknya ada 14 orang!”. Terkejut saya mendengarnya, tak boleh saya bayangkan bagaimana perasannya memikirkan untuk membesarkan anak2 bersendirian. Kami bergerak ke kawasan belakang rumah (rumah pusaka dibahagi dua) disambut seorang wanita btudung hitam dan di hati saya tertanya2 berapa umur kakak ni kerana nampaknya seperti masih muda. Rupanya umurnya sudah 39 tahun tetapi mungkin kerana selama ini dia cuma duduk di rumah, dia nampak lebih muda drpd usia sebenarnya. 
  Bertanya serba sedikit, kakak ini bercerita pada awalnya suaminya cuma batuk tetapi dalam masa sekejap sahaja kuman telah merebak ke jantung dan otak. Dalam masa 8 hari arwah suaminya koma dan seterusnya meninggal dunia. “Dia cuma batuk!”, ujarnya. Siapa sangka batuk itu penyebab arwah suaminya pergi utk selama-lamanya. 
  Setelah menyerahkan RB dan wang sumbangan, kami meminta diri utk beredar. Sambil2 itu saya berbual2 dengannya, dan saya mendapati tiba2 wajahnya yang dari tadi mengukir senyuman, tiba2 berubah. Matanya merah, bibirnya terketar2 menahan sedih. “Akak OK tak kak?”, tanya saya. Keningnya berkerut. Masakan dia OK, dia pasti tidak OK!



  Rasa bersalah menyelubungi diri. Saya memeluk dia erat2, dan terlerailah tangisannya yang mungkin ditahan daripada tadi. "Nak buat mcm mana ni...", rintihnya. Allahuakbar, saya boleh bayangkan betapa “lost” perasaan dia, tidak pernah bekerja dan kini tiba2 perlu berfikir bagaimana ingin menyara 14 orang anak. Sekali lagi rasa bersalah menyelubungi diri kerana tak mungkin sumbangan kecil kami dapat membantunya membina kehidupannya. Hanya pesanan dari saya, “Bersabar kak, akak mesti kuatkan semangat demi anak2 dan biarlah susah kita itu cuma di dunia kerana Jannah destinasi akhir kita”. Kami bertiga selaku wakil wanita hanya mampu, memegangnya, mengusapnya, dan menitiskan air mata kerana kami tahu kami tak mungkin boleh jadi sekuat wanita ini!



RUMAH 5
  Dari luar, nampak agak besar juga rumah kayu ini. Rupa2nya ia adalah rumah pusaka yang dibahagi 3, diduduki oleh 3 keluarga berbeza. Bergerak ke bahagian paling belakang rumah ini (dan rasanya ruang yang paling kecil drpd bahagian2 lain), seorang pakcik tua menjemput kami masuk. Wajahnya berkedut seribu, langkahnya perlahan tetapi masih kuat. Memasuki ruang rumah, ternampak di hujung mata kami, seorang lelaki yang kurus, badannya lemah, sedang berbaring di atas sebuah katil. Terdapat lubang tebukan di lehernya, dan plastik berisi air kencing di sisi katilnya. 


  Rupa2nya, pakcik yang berusia 70an ini menjaga anak bujangnya yang berumur 43 tahun yang telah terlantar selama beberapa tahun akibat kemalangan jalan raya. Motornya dilanggar oleh kereta dan sejak itu, anaknya telah menjalani beberapa pembedahan, koma, sedar kembali, tetapi sudah tidak boleh bergerak. Berkaca mata si ayah bercerita tentang anaknya dan terpancar kasihnya seorang ayah pada anaknya yang tak mungkin berbelah bahagi. 


  Pakcik ini bercerita, setiap 3 jam anaknya perlu diberikan susu khas, dan ini termasuk di waktu malam. Jadi, apa pakcik tua ini lakukan ialah mengunci jam utk setiap 3 jam, dan inilah rutinnya sejak anaknya kemalangan sehingga sekarang. Allahuakbar, dengan kudrat yang sedikit, dia yang melakukan semuanya untuk anaknya! Mengalir air matanya bercerita, mungkin kerana memikirkan kudratnya yang semakin tiada dan anaknya yang tidak ada siapa untuk dijaga sebaik dirinya. Hanya Allah sahaja yang mengerti isi hatinya..
  Rasa kasihan melihat pakcik ini, hanya Allah sahaja yang tahu. Sampai bila dia akan mampu menjaga anaknya ini. Ibu bapa mana yang menyangka anak yang sepatutnya menjaganya ketika di usia tua, tetapi berlaku sebaliknya. Sampai bila kudrat tuanya akan mampu menampung kehidupan anaknya yang terlantar ini. Pelbagai persoalan bermain di fikiran, yang jawapannya tidak mungkin saya temui. Hanya doa sahaja yang mampu saya berikan, kerana pasti Allah sudah punya perancanganNya yang tidak diketahui oleh hambaNya..

RUMAH 6

  Kehadiran kami ke rumah ini disambut oleh seorang nenek tua yang sedang duduk di luar rumahnya, mungkin juga sudah menjangka kehadiran kami. Nenek ini menjaga 6 orang cucunya (berumur 16 tahun- 7 tahun) yang merupakan anak yatim akibat kehilangan ayah (anak nenek ini) akibat sakit buah pinggang. Ibu anak2 ini tinggal di rumah ibu bapanya di kampung yang sama dan akan datang menjenguk anak2 ini di waktu petang. 
  Di tanya tentang umurnya, terukir senyumannya mengakui dia sudah berumur 78 tahun. Bercerita tentang anaknya yang meninggal dunia, katanya, semasa sakit, anaknya yang sulung (ada bersama ketika kami mengunjunginya) yang menjaga adiknya itu. Anak sulungnya juga yang akan datang memasak untuk anak2 saudaranya setiap hari. Alhamdulillah, dalam kepayahannya, Allah memberikan anak yang solehah untuknya. Kalau kita, agak2 boleh tak jadi macam anak sulungnya itu?
  Di sebalik wajah ceria nenek ini, apabila saya menyerahkan wang sumbangan dan RB, tiba2 dia mencapai sapu tangan yang disimpan di dalam bajunya, mengusap air matanya yang mengalir laju. 


  Sungguh, saya tak menyangka nenek ini akan menangis! Hati seperti dirobek2 melihat air matanya, yang saya pasti menyimpan seribu satu cerita yang mungkin sukar utknya luahkan kepada kami yang baru pertama kali mengunjunginya. 
Berat hati ingin pergi meninggalkan nenek ini dan cucu2nya. Bagaimana dia mengharungi hari2 mendatang tanpa pendapatan tetap, memikul tanggungjawab besar utk mendidik cucu-cucunya, membawa dirinya yang semakin tua, semua persoalan ini berlegar2 tanpa ada jawapan..

RUMAH 7

  Destinasi RB terakhir. Kami memandu ke stesen komuter shah alam, mengekori di belakang kereta sahabat saya yang menyimpan nmbor telefon penerima RB ke-7 ini. Kami mengambil seorang wanita bertudung dan berjubah hitam di tepi stesen tersebut dan memandu ke kawasan flat di Kota Kemuning. Sesampai di rumahnya yang tersusun bersih, kami diberitahu dia berada di stesen komuter tadi sedang menjual kuih dan menggunakan motorsikal kawannya yang dipinjam. Suaminya meninggal dunia semasa menunggang motorsikal bersama adik iparnya, jadi sekarang kakak ini dan adiknya bersama anak2 mereka tinggal bersama di rumah kecil itu. Sudah biasa katanya anak2 ditinggal bersendirian di rumah kerana mereka terpaksa mencari pendapatan dengan menjual kuih secara kecil2an, menaiki komuter ke sana sini demi menghantar sendiri kuih yang dipesan. Yang mengagumkan saya, kakak ini nampak sangat tabah dan tidak berhenti mengukir senyumannya. Jelas terlihat ketabahannya di sebalik kesusahannya, masya Allah..


     Alhamdulillah, selesai menyampaikan 7 Ramadhan Box kepada keluarga2 yang memerlukan. Sedih juga kerana hanya ini yang mampu kami bantu.. Sekiranya anda mengenal sesiapa yang boleh menolong mereka dengan bantuan tetap, boleh hubungi saya untuk mendapatkan alamat2 mereka. Semoga Allah merahmati usaha anda semua, jazakumullahukhaira. Kepada penerima2 RB, semoga Allah mengurniakan segala kebaikan kepada anda kerana bersabar atas dugaan yang Allah berikan. Tidak mungkin kalian tidak mampu menghadapinya kerana Allah itu Maha Adil, Dia cuma akan memberikan dugaan setara dengan kemampuan hambaNya.

     Kepada semua pihak yang terlibat dengan RB secara langsung atau tidak langsung- antaranya Syed Azmi (kerana berkongsi idea tentang RB), komitee MCC (Imran, Azita, Yana, Nurul, Esyatees, Asiah, Bazli, Khafiz, Lokman, Siti, Wani dan Kamal), pembeli-pembeli (penderma-penderma) kupon RB, semua ejen di bawah Muqmeen Group Klang, Ustaz Hizam, kakak yang jual kotak di Nationwide, - JAZAKUMULLAHUKHAIRA! Semoga kita semua berjumpa di Jannah, insya Allah







Wednesday, June 24, 2015

Siapa yang saya jumpa semasa pembahagian Ramadhan Box?

Hari Pembahagian Ramadhan Box

Pada pagi 20 Jun, pkul 4 pagi, anak saya merengek2 mengajak saya untuk tidur di tingkat bawah. Melayan karenahnya di tingkat bawah, akhirnya pada jam 5 pagi, anak saya tidur. Terus saya bergegas memanaskan lauk pauk untuk bersahur (terima kasih kpd ibu mertua yang membungkuskan rendang ayam untuk sahur), disambung pula dengan menyediakan sarapan dan makanan tengahari untuk anak yang akan ditinggalkan bersama abahnya kerana masih belum dapat dipastikan waktu saya akan pulang ke rumah. Lagipun di bulan puasa, tidak manis pula jika abahnya perlu ke kedai membeli makanan untuk anak, takut2 silap2 boleh disalah erti.



Saya bertugas menjaga Team 4, dan bertepatan dengan namanya, hanya 4 orang daripada ahli kumpulan saya yang datang (yang lain2 ada anak tidak sihat, dll). 






Mengikut senarai, saya perlu menyerahkan RB kepada keluarga2 yang tinggal di Kg. Raja Uda, Klang. Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Makcik Bibah dan suaminya, yang merupakan orang yang disarankan oleh client sahabat saya untuk mencari keluarga2 yang memerlukan RB di situ. Sedikit cerita tentang Makcik Bibah, beliau sendiri bukanlah seorang yg sihat kerana beliau menghidap sakit berkaitan darah tetapi katanya, “Acik buat ni percuma saja, acik cari rumah2 orang2 yang susah sekitar kampung dan panjangkan kepada pihak berkenaan. Acik ni tak ada apa2, kalau acik tak buat mcm ni, apa yang acik nak tunjukkan pada Allah nanti?”. 



RUMAH 1
Rumah pertama ini didiami oleh seorang isteri yang baru kematian suami. Tinggal bersama ibu bapanya yang sudah tua, yang pada hemat saya, sudah tidak kuat untuk bkerja. Memasuki rumah tersebut, pandangan saya terpaku pada seorang kanak-kanak perempuan yang berbulu mata lentik sedang berdiri di tepi sofa memerhati setiap kami yang memasuki rumah neneknya. Rupanya, ibunya baru sahaja beredar ke Pejabat Kebajikan, menguruskan urusan untuk mendapatkan bantuan. 




Saya mengangkat dan mendukung anak kecil itu. Cerita neneknya, arwah ayah dan ibu si anak kecil ini telah berkahwin selama 11 tahun sebelum dikurniakan zuriat. Namun, baru anak kecil ini berumur 8 bulan, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, mengalir air mata saya mendengar cerita ini. Tak boleh saya bayangkan perasaan ibunya, baru sahaja mendapat kegembiraan menimang cahaya mata tetapi dalam sekelip mata terpaksa mengharungi kehidupan mendatang bersama anak kecil tanpa suami. Kami menyerahkan RB dan menyampaikan salam kepada ibunya melalui neneknya. Doa di dalam hati, agar anak kecil ini menjadi seorang anak solehah yang boleh membantu ibunya dan menjadi saham terbaik arwah ayah dan ibunya.

RUMAH 2

Bau wangi makanan yang sedang dimasak menyapa kehadiran kami. Terlihat seorang nenek sedang duduk di atas pangkin menggoreng tempe dan di depannya ada dua periuk besar. Katanya ada ambil tempahan memasak bubur lambuk hari itu. Wajahnya yang ceria, tidak menyangka beliau yang sudah berumur 67 tahun itu menjaga 3 cucunya yang yatim dan seorang anak perempuan OKU. Anak perempuannya yang merupakan ibu kepada cucu2nya itu sudah meninggal dunia (tetapi kami tidak bertanya tentang suaminya, kerana mengikut Makcik Bibah, menantunya meninggalkan anak2 itu). Kali ini, mnjadi tugas saya menyampaikan bantuan kepada nenek ini dan semasa menyerahkan sumbangan, terlihat di matanya berkaca. Pun begitu, masih sempat mendoakan kami agar murah rezeki, subhanallah. 



Di dalam kereta, semasa menuju ke rumah seterusnya, saya diberitahu oleh sahabat saya betapa nenek ini seorang yg berjiwa besar. Ingat tempe yang sedang digorengnya ketika kami sampai? Tempe itu bukan untuk orang yang mengambil tempahan, tetapi ingin disedekahkan kepada rumah anak yatim! Subhanallah, dalam kepayahannya, dia tetap ingin bersedekah!


RUMAH 3
Rumah ini cuma dibelakang rumah nenek tadi. Anak perempuannya yang juga ibu tunggal mempunyai 4 orang anak telah kematian suami kira2 6 bulan lepas. Disapa oleh anak kecil yang bermulut comot (haaaa tak puasa!), si ibu menyambut mesra kedatangan kami. Diperkenalkan kepada anaknya satu demi satu -3 perempuan dan seorang lelaki. Sempat Makcik Bibah bertanya, “kamu dah mohon zakat ke belum?” tetapi jawapannya “dah mohon, tapi masih dlm proses katanya..”. Mohon pihak zakat cepatkan bantuan ya :D





Apapun, selepas meyerahkan RB dan wang sumbangan, kami meminta diri untuk pulang. Semasa saya bersalaman dengannya, matanya kelihatan merah, berair dan riak wajahnya berubah. Saya memeluk erat wanita cekal ini, Allahuakbar, berjuraian air matanya mengalir. Sebak hati saya ingin meninggalkannya kerana tak mungkin dengan pemberian yang tak seberapa ini dapat membantunya dalam jangka masa yang panjang. Mungkin ada sesuatu di hatinya yang terbuku, tetapi terpaksa disimpan demi anak2. Sempat saya bisikkan, “Akak mesti kuat kak, biar penat sekejap di sini kerana dunia cuma sementara. Susahnya di sini tetapi Jannah nanti bakal menjadi tempat istirehat kita”..

Ada keseluruhan 7 buah rumah yang saya kunjungi.. Tapi sekarang nak ke Jalan Pudu dulu untuk appointment, nanti saya sambung ya.. Sesiapa yang berdekatan, boleh PM saya di 0136448832 kalau-kalau nak dengar tentang Prudential BSN Takaful atau emel noorhazlin@prupartner.com.my.

Cita-cita saya masa kecik nak tolong makcik berbaju hitam..

Kecil2 dulu, saya selalu bercita-cita ingin menjadi wakil rakyat. Walaupun tidak mengetahui sepenuhnya tugas seorang wakil rakyat, saya selalu berasa kasihan melihat orang2 yang dtg ke rumah menemui bapa saya. Bapa saya bukanlah seorang wakil rakyat, tetapi mungkin pada ketika kami mula2 pindah ke kampung pada waktu itu, beliau adalah seorang pengarah di sebuah yayasan negeri. Jadi, boleh dikatakan setiap minggu pasti ada orang yg menekan loceng rumah kami dan meminta untuk berjumpa dengannya. Dan saya selalunya menjadi penyambut mereka kerana saya masih kecil, tak perlu bertudung untuk membuka pintu rumah (kurang masa perlu bersiap cari tudung, cari baju lengan panjang). Saya sering mencuri dengar perbualan mereka bersama ayah saya. Biasanya yang datang itu adalah orang yg berlainan, di atas pelbagai sebab, tetapi tujuannya satu: meminta bantuan kewangan. Minta bantuan anak nak masuk sekolah, anak dapat masuk universiti, mak sakit, rumah rosak, atap rumah bocor dan macam2 lagi.




Pernah satu hari, seorang wanita bpakaian serba hitam, menggendong anak kecil di tangannya dan memimpin tangan seorang lagi anaknya yang masih kecil juga di tengah terik matahari datang ketika ayah saya tiada. Saya perhatikan, ibu saya memanggilnya masuk dan memberi makanan kepadanya. Masih segar di ingatan, si ibu cuma menggigit kecil roti yang diberikan dan memberi selebihnya kepada anaknya. Dia meneguk air dari cawan seolah-olah sudah terlalu lama tidak minum. Hanya Allah yang tahu perasaan saya sebagai anak kecil, betapa saya sangat kasihan namun tak berdaya membuat apa-apa. Atas sebab itu, saya berazam untuk menjadi wakil rakyat kerana pada pandangan saya, seorang wakil rakyat pasti boleh menolong orang sebegini.

Namun, masa beredar, dan semasa di sekolah menengah saya bercita-cita ingin menjadi pakar motivasi (sampai masuk kelab pembimbing rakan sebaya!) tapi akhirnya saya memasuki universiti dengan cita-cita yang telah berubah sama sekali, iaitu untuk menjadi seorang aktuari (sebab saya sangat sukakan Matematik Tambahan dan mempunyai persepsi pakar motivasi nak cari makan macam mana.. hehe). 




Sungguh pun begitu, keiinginan untuk membantu orang ramai masih utuh kerana saya tidak mungkin boleh melupakan peristiwa si ibu bersama dua anak kecil yang saya lihat di waktu kecil dahulu. Dan atas dasar itu juga sebenarnya, saya tidak menjadi seorang aktuari dan memilih untuk menjadi ejen takaful sepenuh masa kerana saya percaya saya dengan memberi khidmat nasihat tentang takaful, saya boleh membantu mengelakkan wanita-wanita dan anak-anak kecil di luar sana mengalami nasib seperti ibu dan dua anak kecil itu.

Kira-kira pada bulan lepas, sedang saya melayari facebook, mencari-cari jika ada rumah anak yatim yang memerlukan bantuan (sedang berfikir tentang projek bulan puasa di ejensi kami), saya terpandang status yang dikongsi oleh rakan saya tentang Ramadhan Box. Hati terus terdetik, kalaulah Ramadhan Box ini boleh dibuat sendiri, alangkah baiknya! Ramadhan Box (RB) ini ideanya ialah untuk meletakkan bekalan mknn asas untuk sebulan di dalam sebuah kotak dan menghantarnya kepada keluarga-keluarga yang memerlukan. Tanpa berfikir dua kali, saya mengutarakan cadangan kepada komitee MCC (Muqmeen Community Club atau seperti kelab sukan&rekreasi di pejabat2), dan alhamdulillah, mereka semua komited untuk menjayakan RB. 




Bersemangatnya saya pada ketika itu hanya Allah sahaja yg tahu! Sampai saya cuma tidur 4 jam semata2 ingin menyiapkan video tentang RB utk dipertontonkan kepada kawan2 yang lain supaya mereka juga sama-sama bsemangat seperti kami (tapi akhirnya saya cuma membuat slide presentation kerana kesuntukan masa dan kekurangan gambar yang sesuai).



Alhamdulillah, kawan2 yang menyertai komitee MCC juga bersemangat seperti saya. Kami btungkus lumus memikirkan idea mngutip dana melalui penjualan kupon, kemudian mencari keluarga2 yang memerlukan di sekolah sekitar Klang, menghubungi semua clients kami mempromosi tentang RB, memilih dan membeli barangan RB. Dan kami semua menjalankannya atas dasar sukarela, sehingga ada kalanya terpaksa menunda appointments kerana komited menghadiri meeting MCC demi untuk menjayakan projek RB ini. “If you have great idea, get yourself a great team, it will make the idea become a reality”. Syukur, akhirnya segala penat kami berakhir pada 20 Jun 2015 yang lepas, di mana kami telah menjalankan “RB Distribution Day”. Pelbagai kisah dan latar belakang penerima, yang pastinya telah mengusik hati kecil kami dan membuat kami terfikir, betapa ramainya orang di luar sana yg kisahnya persis drama tetapi ianya adalah kisah benar..

Antara penerima RB. Nantikan kisahnya dalam posting seterusnya!

Total Pageviews

Ads Inside Post