Hari Pembahagian Ramadhan Box
Pada pagi 20 Jun, pkul 4 pagi, anak saya merengek2 mengajak saya untuk tidur di tingkat bawah. Melayan karenahnya di tingkat bawah, akhirnya pada jam 5 pagi, anak saya tidur. Terus saya bergegas memanaskan lauk pauk untuk bersahur (terima kasih kpd ibu mertua yang membungkuskan rendang ayam untuk sahur), disambung pula dengan menyediakan sarapan dan makanan tengahari untuk anak yang akan ditinggalkan bersama abahnya kerana masih belum dapat dipastikan waktu saya akan pulang ke rumah. Lagipun di bulan puasa, tidak manis pula jika abahnya perlu ke kedai membeli makanan untuk anak, takut2 silap2 boleh disalah erti.
Saya bertugas menjaga Team 4, dan bertepatan dengan namanya, hanya 4 orang daripada ahli kumpulan saya yang datang (yang lain2 ada anak tidak sihat, dll).
Mengikut senarai, saya perlu menyerahkan RB kepada keluarga2 yang tinggal di Kg. Raja Uda, Klang. Setibanya di sana, kami disambut mesra oleh Makcik Bibah dan suaminya, yang merupakan orang yang disarankan oleh client sahabat saya untuk mencari keluarga2 yang memerlukan RB di situ. Sedikit cerita tentang Makcik Bibah, beliau sendiri bukanlah seorang yg sihat kerana beliau menghidap sakit berkaitan darah tetapi katanya, “Acik buat ni percuma saja, acik cari rumah2 orang2 yang susah sekitar kampung dan panjangkan kepada pihak berkenaan. Acik ni tak ada apa2, kalau acik tak buat mcm ni, apa yang acik nak tunjukkan pada Allah nanti?”.
RUMAH 1
Rumah pertama ini didiami oleh seorang isteri yang baru kematian suami. Tinggal bersama ibu bapanya yang sudah tua, yang pada hemat saya, sudah tidak kuat untuk bkerja. Memasuki rumah tersebut, pandangan saya terpaku pada seorang kanak-kanak perempuan yang berbulu mata lentik sedang berdiri di tepi sofa memerhati setiap kami yang memasuki rumah neneknya. Rupanya, ibunya baru sahaja beredar ke Pejabat Kebajikan, menguruskan urusan untuk mendapatkan bantuan.
Saya mengangkat dan mendukung anak kecil itu. Cerita neneknya, arwah ayah dan ibu si anak kecil ini telah berkahwin selama 11 tahun sebelum dikurniakan zuriat. Namun, baru anak kecil ini berumur 8 bulan, ayahnya telah pergi buat selama-lamanya. Ya Allah, mengalir air mata saya mendengar cerita ini. Tak boleh saya bayangkan perasaan ibunya, baru sahaja mendapat kegembiraan menimang cahaya mata tetapi dalam sekelip mata terpaksa mengharungi kehidupan mendatang bersama anak kecil tanpa suami. Kami menyerahkan RB dan menyampaikan salam kepada ibunya melalui neneknya. Doa di dalam hati, agar anak kecil ini menjadi seorang anak solehah yang boleh membantu ibunya dan menjadi saham terbaik arwah ayah dan ibunya.
RUMAH 2
Bau wangi makanan yang sedang dimasak menyapa kehadiran kami. Terlihat seorang nenek sedang duduk di atas pangkin menggoreng tempe dan di depannya ada dua periuk besar. Katanya ada ambil tempahan memasak bubur lambuk hari itu. Wajahnya yang ceria, tidak menyangka beliau yang sudah berumur 67 tahun itu menjaga 3 cucunya yang yatim dan seorang anak perempuan OKU. Anak perempuannya yang merupakan ibu kepada cucu2nya itu sudah meninggal dunia (tetapi kami tidak bertanya tentang suaminya, kerana mengikut Makcik Bibah, menantunya meninggalkan anak2 itu). Kali ini, mnjadi tugas saya menyampaikan bantuan kepada nenek ini dan semasa menyerahkan sumbangan, terlihat di matanya berkaca. Pun begitu, masih sempat mendoakan kami agar murah rezeki, subhanallah.
Di dalam kereta, semasa menuju ke rumah seterusnya, saya diberitahu oleh sahabat saya betapa nenek ini seorang yg berjiwa besar. Ingat tempe yang sedang digorengnya ketika kami sampai? Tempe itu bukan untuk orang yang mengambil tempahan, tetapi ingin disedekahkan kepada rumah anak yatim! Subhanallah, dalam kepayahannya, dia tetap ingin bersedekah!
RUMAH 3
Rumah ini cuma dibelakang rumah nenek tadi. Anak perempuannya yang juga ibu tunggal mempunyai 4 orang anak telah kematian suami kira2 6 bulan lepas. Disapa oleh anak kecil yang bermulut comot (haaaa tak puasa!), si ibu menyambut mesra kedatangan kami. Diperkenalkan kepada anaknya satu demi satu -3 perempuan dan seorang lelaki. Sempat Makcik Bibah bertanya, “kamu dah mohon zakat ke belum?” tetapi jawapannya “dah mohon, tapi masih dlm proses katanya..”. Mohon pihak zakat cepatkan bantuan ya :D
Apapun, selepas meyerahkan RB dan wang sumbangan, kami meminta diri untuk pulang. Semasa saya bersalaman dengannya, matanya kelihatan merah, berair dan riak wajahnya berubah. Saya memeluk erat wanita cekal ini, Allahuakbar, berjuraian air matanya mengalir. Sebak hati saya ingin meninggalkannya kerana tak mungkin dengan pemberian yang tak seberapa ini dapat membantunya dalam jangka masa yang panjang. Mungkin ada sesuatu di hatinya yang terbuku, tetapi terpaksa disimpan demi anak2. Sempat saya bisikkan, “Akak mesti kuat kak, biar penat sekejap di sini kerana dunia cuma sementara. Susahnya di sini tetapi Jannah nanti bakal menjadi tempat istirehat kita”..
Ada keseluruhan 7 buah rumah yang saya kunjungi.. Tapi sekarang nak ke Jalan Pudu dulu untuk appointment, nanti saya sambung ya.. Sesiapa yang berdekatan, boleh PM saya di 0136448832 kalau-kalau nak dengar tentang Prudential BSN Takaful atau emel noorhazlin@prupartner.com.my.
Alhamdulillah..semoga Allah mempermudahkan urusan saudari. AMIN.
ReplyDeleteAmin. Jazakillahukhaira Dina
ReplyDelete