Daripada kecil, saya memang suka berjalan-jalan atau melancong. Saya suka memerhatikan tingkah laku manusia dan saya suka melihat kehidupan orang lain yang bagi saya, adalah satu perkara yang sangat unik.
Antara apa yang saya suka buat ialah, semasa bapa saya memandu pulang ke kampung nenek di Besut, saya akan memerhatikan rumah2 di tepi jalan, di sekitar perjalanan. Saya paling seronok kalau ternampak ada beberapa orang di luar rumah sedang berborak, atau sedang makan. Saya selalu membayangkan apa yang mereka bualkan, bagaimana kehidupan mereka dan bagaimana agaknya sosio ekonomi mereka (perkataan sosio ekonomi ni bahasa baru belajar pada umur 30an ni, dulu2 saya bayangkan bapa kerja nelayan, ibu suri rumah, kemudian anak2 balik rumah mkn ikan yg dibawa balik bapa mereka, dsb). Kalau malam pula, bila nampak ke dalam rumah (rumah kampung kan biasanya buka pintu atau tingkap besar2 walaupun malam), saya bayangkan apa topik perbualan mereka, apa channel tv yang mereka tgk, apa lauk makan mlm mereka, dsb.
Semasa di bangku universiti pula, saya selalu berangan2 ingin pergi melancong ke luar negara, dan negara yang paling saya ingin kunjungi ialah Amerika Syarikat (nanti sy kongsikan dalam post yang lain kenapa saya naaaaak sangat ke sana). Apabila sudah mula bekerja, dengan gaji permulaan RM2,310 (selepas adjustment daripada RM2,200 kerana saya diterapkan masuk bekerja selepas selesai internship di tempat yang sama), saya sering terfikir alangkah seronoknya kalau dapat pergi jalan2 dan tengok kehidupan orang lain di luar negara seperti yang saya impikan semasa belajar. Tetapi, selalu ada suara halus bertanya kembali, "macam mana aku nak mampu pergi jalan-jalan ke luar negara kalau gaji aku sekadar cukup2 macam ni dan nak apply cuti pun kena berkira2 (timing, minta approval bos)?".
Dan sebenarnya, ini juga adalah antara sebab saya meninggalkan dunia pekerjaan saya dan membuat keputusan untuk menjadi agent takaful secara full time. Saya sukakan kebebasan, dan saya berasakan saya tidak mendapat kebebasan itu semasa saya bekerja terutamanya financial and time freedom.
Dipendekkan cerita, bagi saya, melancong memberikan saya peluang untuk melihat keunikan kehidupan orang lain. Betapa uniknya Allah menciptakan alam ini dengan pelbagai ragam dan karenah manusia, dan betapa berkuasa Dia yang Maha Menciptakan. Tidak pernah saya jumpa orang A yang sebijik macam orang B. Bayangkan berapa juta billion manusia di dunia ini, dan kita semua berbeza-beza! Contohnya apabila melihat orang di Amerika merokok, saya mengandaikan pada asalnya mereka merokok untuk mengurangkan kesejukan kerana cuaca di sana sejuk meskipun saya mengunjunginya pada bulan May, kerana ketika berada di sana saya juga berasakan saya perlukan sesuatu utk menghangatkan diri selepas beberapa lama berada di luar (time tu baru menghargai kepanasan matahari yang menghangatkan, hehe). Tapi orang kat negara yang sedia bercuaca panas ni merokok kenapa ya? Ok tak mau jawab, sebab sampai skrg saya tak faham, hehe.
Nampak mcm panas kan? Tapi sejukkk sbb tu tangan sebelah simpan dalam poket hehe |
Saya juga suka melihat keindahan alam semulajadi, yang berbeza-beza antara satu tempat dengan tempat yang lain. Contohnya semasa berkunjung ke Australia pada awal April tahun ini, saya lihat langit di sana sangat biru, biru sama seperti langit dalam kartun animasi Toy Story! Jadi apabila melihat keadaan tu, bmula misi bertanya kenapa berlaku keadaan sedemikian, pengkajian tentang cahaya, dan penyesalan kerana dulu2 belajar Geografi tapi sekarang dah lupa, hehe..
Gambar diambil dengan hp S4 je, xde edit2 |
Kemudian, saya suka mengkaji sistem dan belajar daripadanya. Contohnya di Australia juga mereka mempunyai kawasan pantai di mana penguin akan mendarat, yang kita boleh pergi tengok ramai2, macam dulu2 kita boleh pegi tengok penyu bertelur di Rantau Abang. Tetapi mereka sangat menjaga keadaan semulajadi haiwan ini kerana mereka tidak membenarkan kita mengambil gambar dgn flash, dan kita cuma boleh duduk di bangku yg disediakan diam2 sahaja. Jika kita membuat bising, mereka berhak untuk menghalau kita. Meskipun dikenakan bayaran, ramai yang sanggup membayar kerana ianya sangat eksklusif. Berbeza dgn cara kita "melayan" penyu2 yang datang utk bertelur di pantai kita, saya tengok siap ada yang pergi suluh muka mak penyu time tgh bertelur! Ibaratnya, klu kita tengah bersalin, datang entah siapa2 je msuk dlm labor room dan suluh muka kita, tak ke hangin kita? (Tolong emo bagi pihak mak penyu). Tak hairan kan kenapa bilangan penyu yang datang mendarat untuk bertelur sudah berkurangan di Malaysia, kan?
So begitulah adanya kenapa saya suka melancong, bukan sekadar ingin berehat2 tetapi ada misi untuk belajar sesuatu agar dapat menambah baik diri dan masyarakat jika berpeluang. Tetapi yang paling penting, sebelum kita pergi berjalan-jalan atau melancong, niatkan hati kita ingin mencari redha Allah dalam melihat kebesaranNya. Semoga apabila kita pulang nanti, kita menjadi hambaNya yang lebih beriman. Barulah syok gi melancong, klu tak, bila balik melancong, kita akan rasa bosannya nak gi keje, malasnya nak balik di alam realiti. Sebab kita terlupa nak belajar sesuatu daripadanya.
Oh, nanti bulan depan Prudential nak hantar gi jalan2 ke Phuket pula. Asyik gi overseas je, sekarang kita jenguk pulak negara jiran. Dah Prudential nak bagi FREE, alhamdulillah saya terima hadiahnya.. hehe..
Ps: pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri tu pun betul juga. Mcm mana pun rasa best pergi tengok negara orang, tapi tetap rindu nak balik Malaysia.
No comments:
Post a Comment