Thursday, September 10, 2015

Tips sedekah setiap hari

Assalamualaikum,

Pernah tak terfikir kita sebenarnya boleh bersedekah setiap hari? Saya kongsikan beberapa tips bersedekah yang boleh kita sama2 amalkan:

1. Bayarkan bil sarapan orang yang tengah makan time kita bayar makanan kita. Pilih satu meja. Kemudian, ckp kat cashier, yang anda juga membayar bil untuk orang di meja tersebut.

2. Bila pergi pasar malam, time beli nasi ayam atau nasi beriani (yang harganya fixed), beritahu penjual yang anda membayar utk satu atau dua lagi bungkus makanan yang sama. Pesan, "saya nak sedekah,", biasanya penjual akan faham bila kita sebut sedekah.

3. Nampak budak kecik duduk baik2 semasa mak/ ayahnya solat. Selepas mak/ayahnya selesai solat, minta kebenaran untuk bagi duit kepada anaknya sebab soleh/solehah menunggu sewaktu solat (amaran: penting minta kebenaran sbb kita tak mahu disalah erti sbg org jahat bagi duit kat budak2).

4. Semasa ke hospital, nampak orang berkerusi roda, pergi kepadanya terus dan hulurkan sedekah kepadanya. Cakap "Saya kagum dgn ksabaran encik/puan menghadapi musibah. Ini sedikit sumbangan ikhlas drpd saya, minta doakan saya juga setabah encik/puan bila diuji sebegini."

5. Bila ke tandas awam yang bersih, hulurkan wang kepada cleaner tandas sebagai tanda terima kasih kpd dia kerana memudahkan urusan kita. Percayalah, gaji cleaner tak sebesar mana nak di bandingkan dengan kesungguhannya memastikan tandas bersih dan selesa untuk kita.

6. On the way nak pergi tempat kerja, kalau kita bayar tol pakai cash, bayarkan sekali tol untuk kereta di belakang kita. Tak perlu fikir kereta apa orang tu pakai, yang penting niat kita nak bersedekah.

Berilah seikhlasnya kerana Allah swt. Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta yang kita milliki tetapi kekayaan yang sebenar adalah kekayaan jiwa.

Cubalah! Sedekahkan tips jika ia bermanfaat :)




No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post