Thursday, November 2, 2017

Amanah terakhir buat Adi

Amanah terakhir buat Adi.

LCM: Encik, jemput baca medical card Prudential BSN (sambil tgn hulurkan flyers).
Adi: Ini berapa bayar ni?
LCM: Tengok umur dan pekerjaan, encik. Encik jemput duduk dulu, saya kirakan.
Adi: Ok bolehlah.
LCM: Lepas sy kira ni, dlm RM150 sebulan. Encik dpt manfaat ini, ini, itu, ini, itu.
Adi: Oklah, boleh lah tu.

Ini adalah antara perbualan awal saya dengan arwah client saya, Adi pd tahun 2011. Arwah lalu di hadapan booth di Jusco (skrg Aeon) Alpha Angle dan saya menghulurkan flyers pdnya. Alhamdulillah Allah bukakan hati arwah utk mengambil perlindungan pd hari itu juga.

Kemudian, arwah pernah dimasukkan ke Prince Court Medical Centre kerana denggi. Arwah juga telah memperkenalkan saya kepada adiknya Ili Syazwani Ab Razak utk mengambil perlindungan takaful. 

Saya juga pernah menghadiri majlis perkahwinan arwah di Kuantan. Setelah arwah berkahwin, dan kemudian dikurniakan anak, sy menyedari keperluan arwah sudah berubah. Namun arwah sangat sibuk menguruskan perniagaan kilang alat tulis keluarganya, sehingga tidak pernah lagi kami berjumpa selepas itu. Panggilan terakhir yg saya terima drpd arwah ialah arwah meminta saya reprint medical card.

Kemudian satu hari, ketika itu saya masih di office, adiknya menelefon saya dan mengkhabarkan bahawa "Abang dah tak de". Tenang suara adiknya (yes knowing her, i know she is a calm and rational person). Saya seperti hilang kata2, kerana saya sangat terkejut. Otak terus berfikir, berapa pampasan kematian arwah yang aku boleh claim utk bantu keluarganya?

Sejak hari itu, saya berurusan dgn adiknya utk segala dokumen yg diperlukan utk tuntutan kematian arwah. Alhamdulillah doktor yg mengumumkan kematian arwah juga sgt baik dan mudah utk berurusan. Ibu arwah juga sangat mbantu dlm memberikan maklumat yang diperlukan utk urusan tuntutan.

Pada hari saya menghantar dua keping cheque utk ibu dan ayah arwah, saya memandu bersendirian ke Kuantan. Dalam hati, sudah berbaur perasaan saya. Gembira kerana dpt melaksanakan amanah yg arwah berikan dan pada masa yang sama sedih kerana client saya yang amat senang berurusan ini sudah tiada lagi. Besar harapan saya pd waktu itu agar wang pampasan ini boleh membantu keluarganya.

Setiba di Kuantan, saya terus ke rumah ibu bapa arwah bersama sahabat saya Liyana Kamsuri dan disambut oleh adiknya dan ibunya. Perbualan kami byk berkisar tentang proses tuntutan harta pusaka, settlement dengan bank utk hutang yang ada, tentang kehidupan dan tentang keluarga kecil yg Adi tinggalkan. 

Akhirnya tiba masa utk saya serahkan cheque pampasan tersebut kepada ibunya. Saya meminta izin utk mengambil gambar sebagai bukti saya sudah melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang arwah berikan. Tiba2 rasa sebak, sebab sudah tiada lagi apa2 urusan dunia saya dengan arwah. Semoga arwah Adi ditemptkan di kalangan org2 yang soleh, kerana arwah memang seorang yg dedikasi, patuh kpd ibu bapanya, suami dan bapa yg baik, abang yg bertanggungjawab dan sahabat yg menyenangkan.

Amanah terakhir buatku sudahku tunaikan, Adi. Terima kasih kerana menjadi sebahagian misi Make A Difference ini. 

Lin Che Mat
0136448832
--
Best Regards,
 
Noor Hazlin Che Mat
Wealth Planner for Prudential and Prudential BSN Takaful
Star Club Achiever
013.644.8832
 
~Everyone is precious and precious people should be protected. Are YOU?~

No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post