PruBSN Asaslink

Product terbaru dari PruBSN Takaful adalah PruBSN Asas Link yang merupakan product yang berkaitan dengan pelaburan (Investment Link Product - ILP)

Plan ini dapat membantu anda memenuhi keperluan perlindungan seperti : 

  • Perlindungan Penggantian Pendapatan (Income Replacement) disebabkan kematian atau hilang upaya.
  • Perlindungan Perubatan (Medical) akibat penyakit atau kemalangan.
  • Hibah dan Pengurusan Harta Pusaka
  • Perlindungan Penyakit Kritikal untuk menampung perbelanjaan kehidupan.
  • Perlindungan Kemalangan
  • Perlindungan Pelaburan dalam dana takaful
Product Asaslink terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

PruBSN Setia (klik di sini untuk lebih lanjut)

PruBSN Impian (klik di sini untuk lebih lanjut)


Senarai Manfaat PruBSN Asaslink

1. Kematian + Total Permanent Disable
Manfaat ini akan membayar pampasan sekali gus kepada peserta sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal keseluruhan (TPD). Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan kepada waris dan sekiranya berlaku TPD, pampasan akan diberikan kepada peserta. Sekiranya peserta tidak mampu untuk menguruskan pengeluaran duit pampasan untuk kegunaan diri dan waris, boleh lantik waris untuk bantu buat pengeluaran.

2. Medical Card Health Protector
Manfaat yang menawarkan pembayaran balik bil perubatan tanpa Had Tahunan dan juga Had Seumur Hidup sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Terdapat beberapa pakej yang anda boleh pilih.

3. Crisis Protector
Manfaat ini akan membayar pampasan sekali gus sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu dari 43 jenis penyakit kritikal. Terdapat juga 4 jenis penyakit kritikal iaitu cancer akan dapat pampasan sekiranya berlaku pada early stage.

4. Accidental Medical Protector
Manfaat ini akan menanggung kos rawatan hospital disebabkan oleh kemalangan yang bukan hanya kemalangan jalan raya malah termasuk juga kemalangan yang tidak disengajakan seperti ketika bersukan ataupun ketika berada di rumah.

5. Accidental Income Protector
Manfaat ini menawarkan pendapatan gantian sekiranya peserta mengalami hilang upaya menyeluruh sementara atau separa hilang upaya menyeluruh sementara.

6. Accidental Protector Plus 
Manfaat ini menawarkan pampasan sekali gus sekiranya berlaku kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.

7. Simpanan dan Pulangan Pelaburan
Plan ini adalah plan yang berasaskan pelaburan, dan ada sebahagian caruman akan dilaburkan dalam dana takaful. Akan tetapi, jumlah nilai tunai yang akan diperolehi bergantung kepada prestasi semasa pasaran dan tidak dijamin kerana ianya adalah pelaburan. Mungkin akan dapat lebih dan ada juga kemungkinan dapat lebih rendah.

Nota : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya, Lin Che Mat di 0136448832 atau emel noorhazlin@prupartner.com.my 



No comments:

Post a Comment

Total Pageviews

Ads Inside Post